nUFF-nUFF

Followers

Wednesday, 1 April 2015

#BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Saya.


Assalamualaikum.

Nama saya Syafik Kamaluddin.

Hasil carian Google. Cuba la taip Syafik Kamaluddin kalau tak percaya =(

Itu nama pena , namun tidak banyak beza dengan nama dalam IC.

Nama dalam IC ialah Mohamad Syafik bin Kamaluddin.

Kan dah terangkan tadi, nama saya tidak melambangkan kehenseman diri sendiri bahkan hanya membuatkan gadis-gadis menggelupar apabila saya namakan nama saya Syafik.

Nama Syafik bermula ketika saya berumur 12 jam di bumi ini (fakta tak berapa nak sahih).

Opsss, lari tajuk...ini bukannya nak buat karangan Bahasa Melayu dejah 1.

Errr, tajuk sebenar entry ini adalah fakta menarik tentang saya kan ???

Sorry terlajak cerita pulak . Kalau saya ceritakan pasal diri panjang-panjang belum tentu ada yang baca lagi. Kahkahkah !!!


10 fakta menarik tentang saya..ehem-ehem..susah betul entry Sahabat Blogger ni.
Lepas ni aku nak cadangkan tajuk " Ayah saya". Best sikit nak story.


1. Saya anak polis.

Teka mana satu bapak aku?


2. Saya buncit tapi nampak menarik di mata masyarakat.

Maaf , ini gambar fake.


3. Saya suka melancong dalam mimpi, sebab err saya tiada duit nak buat semua tu. Duit semua disimpan untuk majlis kahwin setahun lagi. Insya Allah.

4. Saya suka menabung duit RM5. Lepas tu saya akan tukarkan duit-duit itu di seven eleben atau mana-mana supermarket. Diorang ingat gua nak tukar syiling ke, buat muka sombong then saya pulak bermuka sombong sebab bagi apa yang mereka perlukan. Choii choii choii.



5. Peminat tegar band My Chemical Romance. Walaupun dah bubar, tapi semua lagu diorang aku hapal.



6. Pengalaman menakutkan dalam hidup adalah jatuh dihempap meja di sekolah. Ketika itu dejah 4, main lompat-lompat atas meja lepas tu entah macam mana tarikan graviti yang kuat membuatkan meja itu memukul aku semula. Errr...aku rasa meja tu bengang sebab aku pijak-pijak dia. Tapi aku masa tu masih budak-budak lah. Tak tau meja ada hati dan perasaan. Gulp!

7. Takkan sesekali jatuh cinta pada lelaki gay! Ini muktamad!

8. Harta sekarang hanya lah sebuah motosikal dan sebuah kereta. Motor beli December 2010, kereta pulak beli February 2015. Mungkin 2020 aku akan ada sebuah jet pejuang, tapi yang tu rasanya tak akan terjadi sebab GST. Hmmmm.

Maaf,kereta dan motor adalah rahsia saya.


9. Berat paling ringan ialah 56 KG ketika berumur 18 tahun dan berat yang paling berat adalah 86 KG ketika berumur 25 tahun. Sekarang umur saya baru 22 tahun. #Ehhhhhh

10. Orang kampung Siti Nurhaliza. Semua orang tahu dan semua asyik tanya soalan yang sama "Selalu jumpa Siti lah ni?" Wadapak, muka Siti sekali je aku pernah tengok. Itu pun masa dia nyanyi kat dalam dewan di Kuala Lipis. Masa tu kenduri anak polis mana entah. Ohh Siti, macam lah dia kenal aku!


Er...sorry terkasar bahasa apabila menceritakan cerita yang tak benar ini. Semua di atas adalah rekaan semata-semata. Yang benar adalah badan aku tough macam Zul Ariffin. Kbai.





S_K


Follow by Email