nUFF-nUFF

Followers

Wednesday, 8 October 2014

Cinta Jarak Jauh : Curangkah Kita ?


        CINTA JARAK JAUH



        Cinta jarak jauh adalah perkara biasa di dunia sekarang ini, tidak kira yang sedang hangat bercinta mahupun yang telah berkahwin. Cinta jarak jauh dalam perkahwinan lebih menyakitkan berbanding pasangan yang sedang ber'couple' . Ini hakikatnya. Bila satu pasangan itu sudah diijabkabulkan tentu kita merasakan mereka akan lebih dekat. Bagaimana jika itu terjadi kepada anggota polis,tentera mahupun guru sekolah. Iya dimaklumkan di sini ialah guru sekolah. Itu hakikatnya. Di Malaysia sekarang kerjaya seorang guru amat menakutkan bagi orang yang dah berkahwin (lepas ni budak UPSI ramai komen entry ni) . Ini kisahnya...

        Abu berkahwin dengan Suraya pada 23 Ogos 2014. Namun Suraya, graduan daripada institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri Perak telah diterima bekerja di guru sekolah menengah di sebuah daerah pedalaman di negeri SARAWAK (saja dihighlightkan untuk pembaca mengesan kedudukan sebenar negeri terbabit). Ya diulangi SARAWAK. Hendak tolak tawaran terbabit terasa rugi didalam hati Suraya. This is her first job. What the challenge for that ?

        Abu pula bekerja sebagai pegawai kastam (bukan yang berseluar dalam di atas kepala) di utara Semenanjung Malaysia. Beliau akan habiskan tempoh perkhidmatannya dalam masa 25 tahun lagi dan telah bekerja sebagai pegawai kastam selama 2 tahun. Abu terpaksa merelakan Suraya ke Sarawak dengan hati yang terbuka namun tidak bagi Suraya sendiri. Pedih hatinya ditinggalkanoleh suaminya kerana kehendak kerja. Bagaimana ini semua terjadi ? Ini semua salah kerajaan ke ? Oh tidak , jangan sesekali salahkan pihak yang 'benar' itu. Semua yang tercatat memang benar ialah takdir namun apabila dua hati yang menjadi satu berpisah pula demi tuntutan kerja , ini adalah diskriminasi.





         Hendak selesaikan pun akan hadirnya banyak proses. Itu laah , ini laah . Yang penting hendaklah bersabar, dan ini membolehkan kehidupan rumah tangga berkemungkinan berpecah belah . Ya . Memang sangat drama kalau diikutkan, tapi itulah hakikatnya. Kita yang biasa tengok drama melayu akan perasan satu perkara di mana 60% ianya akan sama dengan keadaan sebenar. Politik dipersalahkan , sistem dipersalahkan dan semua yang berkaitan . Namun sebelum kahwin tidak fikir pula apa akibatnya. Bercinta 4 - 8 tahun namun belum berkahwin tidak semestinya akan bahagia selepas kahwin. Bercinta 3 bulan kemudian kahwin kadang-kadang merupakan perkara yang logik dalam melangsungkan perkahwinan. Tidaklah aku berkata apabila bercinta 10 tahun sekalipun tetapi hubungan suami isteri tidak akan sentiasa bahagia , itu semua terserah kepada diri sendiri . Bagaimana untuk menyelesaikan masalah terbabit antara dua hati dan dua jiwa. Dulu sebelum kahwin , kata sanggup untuk melepaskan si isteri kerja tempat lain namun kehendak batin tiada siapa yang tahu. Itu hakikatnya.

          Hubungan jarak jauh bila kita bercinta tidak sama apabila kita berkahwin kelak. Ini hakikatnya bila nafsu yang ada dalam diri itu  sebenarnya terpendam lama untuk diluahkan. Oh, sakit hati tak bila tengok suami keluar dengan wanita lain. Ini akan menyebabkan dengki kepada isteri kemudian akan berlaku pergaduhan . Namun pujukan suami akan berhasil dan selepas itu suami akan kembali menjalani kehidupan curang di belakang isteri . Sedangkan isteri sentiasa mengharapkan suami dapat pulang kerja awal ataupun dapat pulang selalu ke rumah walaupun bekerja jauh.

          Kehidupan seperti ini akan berlangsung seperti roda dan ada kalanya akan terkena semula kepada suami . Bayangkan isteri pula yang curang, tentunya suami akan lebih dengki hal terbabit. Tapi bila dua-dua sudah curang , mahu teruskah lagi ke perhubungan antara dua hati yang menjadi satu itu ? Oh sungguh fantastik jika ianya berlaku . Lainlah jika suami isteri itu ada kepetingan ketika menduakan pasangan masing-masing.


      

         Fakta yang tertulis kadang-kadang menyakitkan namun semuanya benar sahaja . Itulah realitinya , bukan fantasia. Fantasia adalah berkenaan kepada seorang manusia biasa tiba-tiba dimasyurkan dengan pelbagai kemewahan atas usaha orang lain. Ya , usaha orang lain. Orang mengundi , dia yang dapat hadiah . Ohh maaf jika akademi fantasia terasa. Maafkan sekali lagi. Perhubungan jarak jauh biasanya sukar di mata penulis sendiri , namun tidak tahu lah pula bagi pembaca entry kali ini. Harap mereka jujur dalam memberikan pendapat . Terima kasih . =)




p/s :

Gajah mati dipukul belati,
Manusia mati kanser hati,
Hidup curang sakit hati,
Lebih baik pergi mati .


Follow by Email