nUFF-nUFF

Followers

Saturday 28 June 2014

JODOH ITU RAHSIA TUHAN...

Di dalam hati tiada siapa yang mengetahui melainkan aku sendiri dan tuhan sahaja. Penulisan bermula dari zaman awal kewujudan manusia lagi (betulkan jika silap) . Pupusnya penulisan mungkin akan berlaku pada suatu hari nanti. Kita tidak akan tahu bila masanya akan berakhir tetapi yang penting aku 'salute' dengan blogger-blogger yang ada , teruskan menulis dalam blog mereka walaupun penulisan semakin malap dan kelam.

Aku masih seperti dulu, masih lagi menantikan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Jodoh dan kerjaya . Itu yang harus aku dapatkan untuk masa sekarang . Jodoh adalah rahsia tuhan, belum tentu orang yang kita suka dan cinta sekarang menjdai pasangan hidup kita namun ianya tidak mustahil . Dan tidak mustahil jugalah kepada jodoh yang hadir tiba-tiba, mungkin terserampak di mana-mana atau terlanggar ketika bergegas untuk ke kelas (opss , ini sungguh drama) dan juga berkenalan ketika keluar bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Jodoh itu rahsia tuhan, kita tidak akan tahu siapa , bila , di mana dan berapa orang (anak) yang akan kita perolehi suatu hari nanti. Mungkin jodoh kita akan tiba lewat . Ada yang muncul ketika berumur 80 tahun , ada juga yang berumur 18 tahun . Itu tidak mustahil. Jangan terlalu berharap dengan apa yang ada .

" saya nak kahwin dengan awk tahun depan"

" yeke? boleh la nanti bawa rombongan meminang"

"sudah tentu"





Bila tiba waktunya si romeo ini ke rumah si julietnya , tiba-tiba tanpa diduga dihalau oleh orang tua wanita itu . Beliau mengatakan yang anak daranya sudah kepunyaan orang lain . Dan tidak boleh diterima pula akan berkahwin dengan YB kampung tersebut (oooh sungguh klise drama melayu) . Yb kampung yang berusia 56 tahun (baru lepas habis pencen). OH MY GOD ! Si romeo mungkin tidak boleh menerima hakikat tentang itu semua dan kemungkinan 70 peratus tidak akan membunuh diri (drama melayu tak bunuh diri doee) , namun bagaimana dengan si dara ? Hmmm , sudah tentu kena mendapatkan reaksi wanita sendiri.

Itu cerita tentang jodoh , kalau nak diikutkan lagi banyak lagi yang bersarang di kepala aku ini . Simpan dulu idea yang ada ini , biarlah ia diluahkan pada 'next' entry. Assalam , selamat berpuasa esok hari.

Jaga Iman,
Jaga Solat,
Jaga Ibadah,
Jaga Diri.
Moga semua diberkati,AMIN. =)