nUFF-nUFF

Followers

Sunday 26 April 2015

#Iklan - Sakura Candy


Assalamualaikum.



Sakura Candy nama diberi,
Rahsia wanita yang semakin berseri.

Putih rupa menawan sekali,
Kemam di mulut tidak terperi.

Sakura Candy namanya dari Jepun,
membuat semua wanita semakin anggun.

Sakura candy pengubat hati,
memberi senyuman buat diri sendiri.

Untuk kulit anda lebih cerah dan merah jambu seperti gambar di bawah ? Cukup mudah!



Dapatkan Sakura Candy dengan harga yang berpatutan.
dan dengan dua langkah mudah, tentunya sakura candy menjadi pilihan hati.
Harga pun tidaklah terlalu membebankan kerana ianya mampu milik !
Dapatkan produk yang terbaru di pasaran sekarang ini.
Tentunya lebih memukau suami anda di rumah itu.

Dengan setiap Kotak Beucure Sakura Candy, mampu memberikan 
✔Kulit cerah pinkish satu badan 
✔Merapatkan miss V 
✔Menambahkan keinginan tutttt!! 
✔Kulit lembut macam baby 
✔Tinggi antioksida(Menggunakan extrak Sakura Japan high standard) 
✔Membentuk body 
✔Bertenaga.Jaga waktu tidur kita. 
✔Pemadam parut 
✔Cegah dan hapuskan jerawat,jeragat..



Selepas makan Sakura Candy ini akan dapat melihat perubahan yang ada pada diri anda sendiri. 
Tidak perlu takut dengan semua kemungkinan, yang penting ianya HALAL dan disahkan oleh KMM.

Soalan Lazim biasa ditanya :
1) Berapa Harga Beucure Sakura Candy?
-Harga sangat berpatutan sesuai dengan Kualiti dan kesan cerah merah jambu. Harga RM150 (sm), RM160 (ss). Free postage. 

2) Kandungan kat dalam berapa?
-Ada 30 sachet khas untuk 30hari guna. Satu sachet ada 2gram Sakura Flakes. Rasanya adalah rasa sakura iaitu seperti makan gula-gula masam manis. Sedap!

3) Bila masa terbaik untuk ambil Sakura Candy ni?
sejam sebelum sarapan, malam – sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Utk kesan optimum, ambil semasa perut kosong. 

Minum air masak at least 2 liter sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

4) Boleh ke diambil ketika haid/period?Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. 
5) Wanita mengandung boleh makan Sakura Candy?
Boleh ambil tapi tidak digalakkan. Lebih elok diambil selepas anda bersalin / dalam pantang.

6) Wanita berpantang selepas bersalin boleh ambil?Boleh tetapi disarakankan diambil selepas 60 hari bersalin iaitu semasa badan sudah berada dalam keadaan yg stabil. Pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga.

7Lelaki boleh amalkan Sakura Candy?
BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan Sakura Candy ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda.
 

8) Boleh ke ambil Sakura Candy bersama ubat lain? Contoh saya ambil ubat hospital dan juga supplement dari produk yang lain.
Ya boleh ! Tapi dinasihatkan untuk 
jarakkan waktu pengambilan sekurang2nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

9) Berapa lama baru boleh nampak kesan lepas ambil Sakura Candy?
Semua orang nak kesan yang cepat dan pantas kan. Secara umum nya kesan bergantung pada badan masing-masing dan berbeza bagi setiap individu. Kesan boleh dilihat seawal 7 hari - 3 bulan paling lewat penggunaan. Seeloknya guna Sakura Candy ini selama 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang optimum.

10) Adakah ianya akan menyebabkan buncit?
Untuk makluman, produk ini mempunyai ramuan untuk mengempiskan perut. Oleh itu, ia secara tidak langsung juga membantu menyelesaikan masalah buncit yang dihidapi.
11) Bagaimana pula kekerapan membuang air kecil dan besar? Adakah ia normal?
Ya, ia adalah normal kerana ia adalah sebahagian daripada proses pembuangan toksin-toksin/lendir-lendir di dalam badan.

12) Siapa yang sesuai untuk guna produk ini?
Lelaki dan wanita boleh guna produk ini. Untuk remaja seeloknya umur 15 tahun ke atas dah boleh guna Sakura Candy

APA KATA PENGGUNA SELEPAS MENGGUNAKAN SAKURA CANDY ?








Cukup untuk mengagumkan anda ? 
Kalau tak cukup saya tambahkan lagi bukti untuk anda menjadi kagum!






HUBUNGI
SMS/WHATSAPP SHJ

011 2941 0140















Wednesday 22 April 2015

Kisah Aku #2 - Rambo Parang



NOTIS : Terlalu bahaya dan lucah entry kali ini. Mohon umur ke 18 sahaja yang membacanya. Dan jangan sesekali komen yang tak patut dalam entry kali ini. Bukan tulisan saya yang sebanar.


Apa Khabar korang.

Sihat tak ?

Aku Mad. Kalau tak ingat dah kisah aku, baca dua link di atas tu. 



Sekarang umur aku 25 tahun. SK yang selalu melawat aku kat penjara bodoh ni umur dia sama dengan aku. Tapi nasib aku dalam jail, nasib dia jadi kerja amende entah aku nak sebut. Tak pandai.

Ada orang takut baca tulisan aku..hmmm, sorry lah ye kalau ada terkasar ke apa. 

Aku tak pandai nak tulis pandai-pandai macam SK tu. 

Aku budak lepasan PMR je. Tu pun dapat 7D 1E. 

Aku rasa okay lah tak fail semua. 

Kawan aku lagi bingai , dapat 8E. Tak tahu apa entah dia belajar kat sekolah tu. Bila waktu bahasa inggeris je mesti ada dalam kelas, sedangkan kelas lain ponteng. Haram jadah betul.

Hari ini aku nak cerita tentang kawan aku, nama dia Manaf. 

Maaflah kalau ada Manaf yang baca apa yang aku tulis. Korang nak tumbuk aku tumbuk lah, tapi sekarang tak boleh lah. Aku banyak bodyguard kat penjara ni. Haha.

Sebab apa aku kata kelas Bahasa Inggeris je dia tak ponteng?

Sebab cikgu bahasa inggeris tu seksi wooo. Aku pun tegak kalau tengok betina macam tu. 



Tapi satu hari tu kitorang saja pergi rumah cikgu kitorang tu, nak intai-intai dia ke apa ke.

Kalau dapat rezeki, kahkahkah.

Yang kelakarnya si Manaf ni celaka punya perangai, dia masuk rumah cikgu kitorang tu. Bingai melantun-lantun. Kalau ada laki dia ke boyfriend dia ke mahu kena sembelih kitorang. Huhh gerun aku, aku tunggu kat luar rumah je. Manaf tu masuk pecah rumah.

Last-last aku dengar suara jeritan dan lolongan seorang wanita. 

Terus aku blah dari situ.



Esoknya Manaf tanya aku , " Kenapa kau lari bahalol?"

Aku kata aku takut.

" Cehh, nak takut apanya. Rugi kau semalam tak masuk rumah sekali dengan aku."

Aku tanyalah kenapa. Tapi Manaf sengih-sengih je. Ahhh biarkanlah dia. 

Lepas seminggu kejadian kitorang pergi tanpa izin rumah cikgu kitorang tu, dengar katanya cikgu tu pindah ke Kuala Lumpur. 

Entah lah aku nak fikir apa pasal Manaf ni. Hahaha . Aku rasa Manaf ni mengganas kot kat rumah cikgu kitorang tu . Pehhhh Pehhh Pehhh. 



SK kata aku tulis lucah sangat dalam entry kali ini. Pergi mampus lah!

Dah kau bagi tulis, aku tulis jelah. Bongok SK !!!

Rasa nak pukul SK ni, malas dah lah aku nak tulis dalam blog kau bingai!

Dahlah last entry dah ni, SK Bingai, SK Lembu, SK Babi!!!!

Padan muka kau SK!!!!



Yang Benar, 


Rambo Parang.




Monday 20 April 2015

BLOG : IKHLAS DALAM HATI


Bagaimana mahu jadikan entry kita lebih menarik untuk dibaca ?
Bagaimana mahu jadikan blogging ini suatu yang menarik untuk diperhatikan ?
Bagaimana untuk meningkatkan trafik dalam blog dan haruskah lakukan sedemikan?

Semua soalan ini boleh dijawab dalam satu ayat sahaja.


IKHLAS DAN TERUS SAHAJA MENULIS.

Sebulan, dua bulan dan tiga bulan cukup untuk memberi kepuasan dalam berblogging.
Jangan sombong dengan apa yang kita miliki.
Share semua pengalaman kita, tidak kira apa pun.
Walaupun perkara yang leceh tapi jika ianya menarik untuk kita sendiri teruskan sahaja menulis.
Jangan fikir apa yang pembaca hendak.
Jangan fikir apa yang pembaca inginkan.
Jangan fikir semua itu.
Apa yang penting terus jujur untuk menulis.

Kadang-kadang dalam satu hari kita timbul minat untuk menulis satu entry.
Namun tiba-tiba tiada idea untuk menulis.
Kosong dan hambar.
Tidak tahu apa permulaan yang patut dilakukan.

Mudah.


Blogwalking.
Itu cara yang sesuai.
Tidak kira blog yang tidak popular mahupun popular sekalipun kita lawati sahaja.
Dan yang penting tinggalkan komen.
Komen kita penting untuk blogger itu review semula blog kita.
Kadang-kadang mereka tidak endah pun semua itu.
Kita komen namun tiada balasan.
Kenapa ?
Sebab mereka manusia biasa juga.
Sebab mereka banyak lagi pekerjaan yang ingin dilakukan.
Tetapi semua itu nothing else matters.
Tidak menjadi masalah pun.

Janganlah berputus asa dengan semua itu.
Teruskan follow blog mereka.
Itu yang penting.
Lantaklah depa kenai dok kita.
Tapi tak lama-lama lepas tu, akan banyak pula orang akan komen dalam blog kita dari semasa ke semasa.



Muka lawa terus jadi popular?
Yup, mudahkan jadi seperti itu.
Pakej 2 dalam 1.
Jika tulisan macam haram jadah muka cantik ramai juga yang follow.
Dengki ke?
Ahh biarkan, rezeki dia.
Tapi jika muka tiada pakej bagaimana untuk lakukannya?
Simple.
Perlu sentiasa yakin dengan diri sendiri.
Tidak perlu untuk berselfie 24 jam di dalam blog, twitter, facebook dan seangkatan dengannya.


Yang cantik biarlah cantik.
Yang hodoh biarlah hodoh.
Jangan makan hati pula.
Teruskan menulis seperti ayat yang saya tulis dengan huruf besar di atas.
Mudahkan ?
Jangan kita rasa susah untuk lakukan semua ini.
Blogging hanya untuk melepaskan apa yang terpendam sahaja.
Kadang-kadang di dunia luar, kita tidaklah sebising seperti menulis di dalam blog.
Kadang-kadang di dunia luar, kita tidaklah seaktif seperti makcik yang berborak di tingkap jiran masing-masing.

Okay cukup penulisan saya.

Assalamualaikum.


S_K

Friday 17 April 2015

#ReviewNovel - Sepuluh Jahanam




Kenapa TUHAN tak adil dengan aku ? 

Assalamualaikum, tiba-tiba sahaja bercerita tentang TUHAN tak adil dengan aku. What happened ?
Aku just menulis apa yang ada pada cover novel sahaja. Aku bukanlah beli novel ini semata-mata ada tulisan nasi kangkang tu, tapi aku lihat pada penulis novel ini juga. Azwar Kamaruzaman. Walaupun beliau muda daripada aku, tapi aku tak boleh jadi seperti dia. Ayat dia bukanlah terlalu puitis sampai kau nak keluarkan air mata secara slow motion. Ayat dia direct. Secara langsung dan secara terus. Tepat-tepat kat dahi kau kalau kau baca novel karya daripada beliau ini.

Ini bukanlah buku pertama yang aku baca daripada penulis Azwar Kamaruzaman. Dah ada tiga novel sebelum ini, dan semuanya bagi aku memang cukup memuaskan hati. Novel yang sepuluh jahanam ini aku baca dua hari sahaja. Dulu pernah baca novel Suamiku Bukan Suami kau yang Kedua , tapi aku nak habiskannya mengambil masa selama 10 bulan. Ahhhh dan memang bukan niat aku untuk menidakkan novel seperti itu tapi novel seperti itu tidak kena pada jiwaku. Last-last bahagia juga bila suaminya pilih isteri yang juga watak utama novel itu. Hmmm, hambar.

Baiklah teruskan dengan review novel ini. Sebenarnya ia bukanlah 1 novel 1 cerita , tetapi novel ini adalah koleksi cerpen yang ditulis oleh Azwar sendiri. Kalau nak baca novel dia yang lain cuba lah cari tajuk BABI, NASI KANGKANG dan SAKA. Tapi semuanya tak menghambarkan aku. Mungkin sesetengah orang tidak boleh terima apa yang ditulis oleh Azwar. Memang lah kadang-kadang tidak logik, tapi tulisan dia memang ada sengat. Memang ada bisa. Kau buat jahat jadi BABI. Fishhhh novel lain tiada macam tu. hehe =)

Terdapat sepuluh cerpen dalam antologi Sepuluh Jahanam iaitu:
1-Kenapa Tuhan Jahat?
2-Bukannya Si Jalang
3-Tiada Tuhan Kedua
4-Aku
5-Terima Kasih Abang, Keranamu Ika Tanggung Dosa Itu!
6-Fakof Sebuah Kehidupan
7-Janin
8-Wanita Si Pengutip Kopi
9-Tika Syaitan Bertitah
10-Air Mani Jantan
1-Kenapa Tuhan Jahat? 2

Tengok senarai ada sebelas , tapi aku senaraikan hanya ada sepuluh sahaja. Ini bukan typo ok. Ini betul-betul. So kalau ada sesiapa yang masih belum baca novel ini, aku suggestkan korang baca lah. Tapi hati yang nipis janganlah baca. Sentap dan terkesima nanti bila dah habis baca setiap cerpen yang ditulis oleh Azwar. 
LEJEN PRESS (Untuk makluman lanjut)
Tengok tajuk pun dah tahu gaya penulisan kasar dan ganas beliau macam mana. Apa-apa pun hasil titik peluh beliau, sekarang ramai dah baca novel beliau. Tahniah Azwar!!!

Hambar ke tak hambar ke novel ini, memang aku tidak pasti, ikut selera masing-masing lah kan. Tapi bagi aku, aku nak juga give the rating for this novel.

Jalan Cerita : 9.5/10

Cover Depan: 7/10

Gaya Penulisan : 8/10

Gaya Bahasa: 6/10

Emosi : 10/10

Keseluruhan: 8/10


S_K

Thursday 16 April 2015

Perjalanan Kehidupan - Tom








Manis hubungan itu bukan kerana gula. 
Manis makanan itu bukan kerana mesra.
Manis senyuman itu bukan kerana silaturahim.

Senyum ,tidak perlu kata apa-apa.
Marah, hanya menunjukan kebengisan.
Ketawa, tidak perlu untuk sampai terbahak-bahak.

Resepi cinta mempunyai pelbagai perisa.
Resepi benci , syaitan yang akan menyokongnya.
Resepi mati, hanya tuhan tentukannya.

Matang untuk berbicara.
Matang dalam apa jua situasi.
kadang-kadang sukar untuk kita temui.

Kesederhanaan menguji untuk kita menjadi seorang yang matang.
Matang dalam pelbagai cabarannya.
Matang sentiasa mengiringi langkah yang ada.

Bukanlah untuk mendeklamasikan sesebuah epik cinta yang palsu.
Bukanlah untuk menganaktirikan peribahasa yang tersedia ada.
Namun langkah kanan perlu dibuka.
Perlu dibuka untuk maju kehadapan.
Bulan dan matahari akan sentiasa ada setiap hari.
Siang dan malam akan sentiasa muncul di setiap hari.

Perjalanan masih jauh kelihatan.
Bayang-bayang sentiasa menjelma.
Kadang kala pendek , kadang kala panjang.
Bayang-bayang tidak akan lari daripada manusia.
Malam kelihatan.
Namun bayang-bayang tidak juga akan meninggalkan manusia.



Hasil Tulisan,

Sahabatmu, Tom.

Tuesday 14 April 2015

Penulisan #2 - Doktor Marijuana


Penulisan #1 - sila klik LINK ini.


Penulisan yang kedua.




Manusia tidak pernah puas atas sesuatu kejayaan.
Manusia tidak akan lari daripada satu harapan.
Namun manusia akan lemah semangat apabila usaha yang mereka lakukan hanya sia-sia.
Namun ada juga manusia yang pantang mengalah.
Manusia yang pantang mengalah diklasifikasikan sebagai manusia yang berani.
Berani untuk mencuba.
Berani untuk melakukan suatu perubahan.
Berani untuk berada selesa dalam kepompong yang dicipta sendiri.
Dunia ciptaan ini kadangkala kita bayangkan hanya seperti kisah dongeng.
Nak hidup kaya, nak hidup senang.
Namun hutang keliling pinggang.
Nak hidup bergaya, nak hidup selesa.
Namun tidak pernah berdoa.




Manusia boleh diklasifikasikan sebagai dua jenis.
Satu ialah manusia yang berani.
Satu lagi ialah manusia yang penakut.
Dua sifat manusia yang tidak akan sama langsung.
Langsung tidak akan sama.
Diulangi tidak akan sama dua sifat ini.
Sengaja mahu diucapkan sedemikan kerana ada sebahagiaan manusia ada dua sifat ini.
Namun jarang berlaku.
Mungkin satu dalam seribu.
Ingat menteri di Malaysia semuanya berani?
Tidak ada seorang pun pada penulis rasa mereka berani.
Berani kritik, berani membodek.
Kalau tak membodek tentunya ada sesuatu yang bakal mendatang.
Itu tentang hal politik.
Nyah dari sini.




Manusia adalah suatu ciptaan tuhan yang indah.
Manusia merupakan ciptaan tuhan yang paling bijak antara tumbuhan dan haiwan.
Namun kadang-kadang otak manusia senang dieksploitasi.
Haiwan punyai naluri keibubapaan yang tinggi.
Tidak akan mereka sisihkan anak mereka walaupun huduh bagaimanapun anaknya.
Namun manusia, merata membuang anak.
Ada pula tu pihak yang seronok untuk melihat anak-anak kecil ini dibuang.
Disokong dengan tempat pembuangan bayi.
Cara inikah yang terbaik ?
Cara inikah yang afdal?
Memanglah dapat mengurangkan pembuangan bayi di mana-mana tempat,
Namun berkesankah untuk mengelakkan ia berpanjangan?
Manusia jenis ini yang jenis penyangak.
Sombong.
Angkuh.
Mereka ingat apa yang mereka lakukan mereka sudah dianggap bijak?
Mereka ingat apa yang mereka lakukan cukup untuk mengurangkan sesuatu kes?
Mengurangkan?
Hanya untuk mengurangkan?
Perlukah bangga dengan statistik seperti itu?
Kes jenayah di Pontian turun 13 peratus.
Kes bunuh di Alor Setar turun 2 peratus.
Kes pembuangan bayi di Kuantan turun 4 peratus.
Kes gangster di Kuala Lumpur turun 1.7 peratus.
Bangga ?
Masuk paper.
Masuk blog.
Masuk semuanya sekali.
Bangga dengan pencapaian tersebut.
Undang-undang manusia tidak akan melenyapkan daripada semua itu berlaku.
Undang-undang tuhan sahaja yang boleh mengelakkan sesuatu itu berlaku.
Hudud.
Zalimkah undang-undang itu ?
Ok.
Penulis mungkin tidak cukup ilmu untuk mengatakannya.
Tapi apa yang penulis tahu ialah hukum hudud merupakan hukum Islam sendiri.




Manusia punya toleransi.
Manusia punya emosi.
Manusia punya transisi.
Manusia penuh dengan korupsi.

Manusia punya hati.
Manusia punya naluri.
Manusia punya duniawi.
Manusia penuh dengan eksploitasi.



Tidak akan cukup dengan wang ringgit.
Ditambah pula dengan harta benda.
Namun semuanya sebenarnya bukan milik sebenar manusia.
Tuhan berikan pinjaman semata-mata.
Pasangan yang kita dapat pun hanyalah pinjaman.
Dan akhirnya tuhan juga yang punya.
Semua akan mati.
Semua akan ke akhirat.
Syurga dan neraka.
Alam barzakh dan alam kubur.
Manusia akan lalui.
Janganlah ego dengan apa yang ada.
Janganlah angkuh dengan apa yang dicapai.
Sebab hanya kain kapan putih hanya boleh bersama dengan kita di dalam kubur.
Bukannya Ferrari yang berwarna merah mahupun Mercedes berwarna hitam.






Doktor Marijuana (Esok Tetap Mati)



Monday 13 April 2015

Kisah Aku #1 - Rambo Parang


NOTIS: Amaran ! Sesiapa yang menganggap tulisan ini terlalu menakutkan dan kurang ajar, sila jangan baca entry kali ini. Sekian terima kasih. Pihak kami tidak akan melayan komen-komen berbau negatif.


Friday 10 April 2015

#Review Lagu - See You Again - Wiz Khalifa ft. Charlie Puth




Assalamualaikum,



Hari Jumaat ini sempat juga lah untuk buka blog yang semakin ligat pula nak menulis. Wah wah wah. Tapi dengan cara ini sahaja dapat meluahkan apa yang terpendam dalam hati bila tension dan tak tahu apa yang harus dilakukan. Selesai sahaja solat Jumaat, terus balik ke ofis dan duduk. Yup! Duduk dan terfikir sejenak, sementara nak tunggu untuk balik dalam masa beberapa jam ini , baik blog ini aku update. Hahaha.



Tapi pengisian pada hari Jumaat ini ialah tentang review lagu sahaja. Dan ini juga merupakan review lagu yang pertama aku dalam blog ini. Harap yang arif sentiasa tegur akan kesalahan yang aku lakukan ye?





Sekarang ini mana-mana popular dengan filem Fast and Furious 7. Baru lagi beberapa entry yang lepas aku dah update tentang #reviewmovie untuk filem Fast and Furious 7 ni. Dan yang paling jadi viral sekarang ialah tentang lagu perpisahan yang berkumandang di akhir babak filem ini. See you again memberi satu mesej penting, di mana kehidupan selepas mati akan muncul. =)



Berikut ialah lirik lagu See You Again daripada artis Wiz Khalifa dan Charlie Puth.


See You Again videoclip


It's been a long day without you my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again

Damn who knew all the planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here
Talking to you about another path I
Know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays now I see you in a better place

How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

It's been a long day without you my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
when I see you again

First you both go out your way
And the vibe is feeling strong and what's
Small turn to a friendship a friendship
Turn into a bond and that bond will never
Be broke and the love will never get lost
And when brotherhood come first then the line 
Will never be crossed established it on our own
When that line had to be drawn and that line is what
We reach so remember me when I'm gone

How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

So let the light guide your way hold every memory
As you go and every road you take will always lead you home

It's been a long day without you my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again


Dan ini pula videoclip versi The Voice 2015

Lirik lagu pun dah cukup memberikan kesedihan kepada kita. It's been a long day without you my friend. Kita sendiri pun kadang-kadang akan merindui juga zaman sekolah kalau macam ini liriknya, walaupun kawan kita kita masih hidup dan tak senasib seperti Paul Walker tapi tertanya-tanya juga kita di mana mereka berada. Bahagia dengan keluarga ? Kerjaya ? Atau sudah berbini ramai ? Haha joking. =D . Tapi takpe, wassap, facebook , instagram kan ada sekarang.




Bila sudah lama tidak bertemu dengan rakan baik kita tentu kita merasa sedih nak-nak lagi beliau sudah tiada di dunia ini. Aku bukanlah nak menerangkan secara mendalam lirik yang ada ni, cuma nak share je apa yang boleh di share dalam lirik ini pada pandangan peribadi aku. =)

Next review lagu, nak review lagu Jepun pulak . Heee =P


S_K





Wednesday 8 April 2015

#BLOGGERTALK : 5 PERKARA MENARIK TENTANG NEGERI ANDA



Ooopsss,



              Aku Syafik. Aku nak menulis tentang Pahang. Negeri kelahiran aku. Tajuk #Bloggertalk kali ini amat mencabar. Walaupun aku anak jati Pahang, tapi aku takde begitu arif untuk mengenal pasti kelebihan yang ada di negeri Pahang ini. Umur 18-24 tahun aku berhijrah belajar di Perlis (UniMAP), so aku boleh hanya dapat bagi kelebihan yang aku dapat ketika berumur 1 hari sehingga 17 tahun sahaja. =)



              Aku secara detail hanya duduk terperap di rumah sahaja ketika itu. bahkan umur aku ketika 14-17 tahun, aku stay di asrama. Tiada apa yang istimewa tentang diri aku yang hendak aku ceritakan. #eh dah lari tajuk pulak. Itu kisah #bloggertalk yang lepas.


1. CAMERON HIGHLANDS



          Apa yang menarik ada di Pahang ini ialah tempat pelancongan yang menyejukkan. Cameron Highlands. #sekarangtaksangat.


 Dulu kalau aku nak pergi ke Cameron Highlands aku akan merentasi negeri Kelantan dulu, barulah akan sampai di Cameron Highlands. Pelik? Tak payah nak pelik sangat, sebab memag itu adalah jalan yang ada. Sekarang tak lagi. Dari rumah aku, hanya mengambil masa sejam lebih sudah sampai ke Cameron Highlands. Kalau dulu aku pergi pakai sweater, sekarang aku pakai singlet .
 #itumenakjubkan.


 Apa yang masih menarik tentang Cameron Highlands ialah kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di ladang mereka. Dari segi positifnya, ,memang dua perkara ini amat membuatkan aku terpaku bila datang ke Cameron. Dan kerana kesegaran sayur-sayuran daripada Cameron ini membuatkan aku jatuh cinta untuk makan sayuran , tapi just sayur Cameron je. Haha =D

2. TEMPOYAK IKAN PATIN




      Part ini pasti satu Malaysia sendiri pun tahu, tapi biarlah aku kenalkan juga apa itu tempoyak ikan patin. Tempoyak membawa maksud campuran daripada isi durian beserta garam dan gula yang digaul together di dalam satu bekas dan akan disimpan di tempat yang sejuk seperti peti sejuk. Gulai tempoyak ikan patin bukanlah sesukar mana nak buat, tapi resepi mak aku yang paling best pada lidah aku. Yelah, 25 tahun merasa masakan mak. Kalau pergi mana-mana kedai terus cakap tempoyak kurang lah, cili kurang lah. Apa lah , itu lah, ini lah. Nonsense Syafik nonsense !! Haha.

3. BANYAK DIALEK



        Berhati-hati bila sampai di negeri Pahang. Kadang-kadang daerah itu tidak akan sama dialeknya berbanding dengan daerah yang ini. Simple kita ambil dari negeri Kelantan lah. Mereka punya loghat semuanya serupa sahaja. Tapi kalau kat Pahang, akan berbeza-beza dialeknya. Contohnya di Kuala Lipis lain, Temerloh lain, Raub lain, Jerantut lain dan of course Kuantan turut lain.

makcik lejen

       So, kalau orang tanya dialek negeri Pahang macam mana, akan berbeza-beza lah. Contohnya ada orang Kedah yang ingin tahu tentang dialek negeri Pahang, orang dari daerah Jerantut akan bertutur lain dan sebaliknya juga bagi daerah yang lain. Dan yang paling penting, percakapan negeri Pahang ini berkelajuan seperti peluru. Wahhh =O


4. SAMBAL HITAM


     
 Ini adalah masakan yang paling lejen pernah aku rasa dan terbaik pernah aku makan. Aku pun tak tahu lah asal dari daerah mana sambal hitam ini, tapi sambal hitam ini diangkat oleh permaisuri negeri Pahang sendiri untuk diangkat sebagai salah satu makanan dari negeri Pahang, Ale le Tok Gajahku. Haha.



        Hasil campuran belimbing buluh, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili, garam , gula dll lagi. Bila dicampur sekali ia akan membuatkan seluruh warga rumah akan terbersin. Achummm!!! Kalau ada sesiapa yang berkenan PM saya atau wassap sahaja. Harga tanpa GST. =)

5.  PULAU TIOMAN






     Aku tak tahu lah asal-usul nama Tioman tu, tapi menurut blogger ini, inilah hasil yang saya dapat.

     Nama Tioman di ambil sempena nama seekor burung iaitu burung tiong . Kisah bemula apabila sekumpulan pedagang yang datang ke Tioman . Lalu mereka  ternampak sekor burung tiong .  Lalu salah seorang mereka  bertanya kepada seorang penduduk tioman itu ."Siapakah yang empunya burung ini?'lalu penduduk yang bernama Man itu berkat " itu burung tiong ma,tuan" bahasa orang tioman 'man' itu ertinya 'saya' maka kamu ertinya 'aji' . Lalu pedagang itu pun berkata apakah nama pulau ini lalu si man pun berkata "pulau ini tiada nama" lalu pedagang itu memberi nama Pulau ini pulau tioman. hasil gabunagan Tiong + Man = Tioman. 
   Tioman mula popular kira-kira tahun penghujung 80 an . Hal ini berlaku kerana salah satunya kerana spasukan pelajar dari maktab perguruan di cheras mula membuat perkemahan di kampung salang . Kemudiannya dikuti oleh kaum cina yang sama melihat pontensi dan mereka juga datang ke tioman sekali sekala . Bagi menyambut kedatangan pelancong mereka mula membina rumah panjang dan rumah yang berbentuk A. Selang setahun demi setahun pulau Tioman berkembag maju . Sehingga pengiat filem malaysia mula mengambil tioman sebagai tapak perfileman.Seperti 'Oh fatimah' yang dilakonkan pada tahun 90 an.Walaubagaimanapun sekolah dikatakan merupakan bangunan yang paling lama bertapak di tioman . Kira tahun 1950 an sekolah sudah wujud.
Tioman sekarangSekarang tioman sudah tersohor di merata tempat sudah mengenali tioman.kedatangan pelancong yang begitu meningat ke tioman.Pendapatan penduduk pun meningat. Status mereka berubah sekelip mata sahaja.





     Kalau ada sesiapa yang berkenan nak pergi Pulau Tioman jangan contact saya, saya tidak tahu. Contact beliau. Haha =) Bahkan aku sendiri pun tidak pernah sampai jejak ke sini. So kalau ada geng sahabatblogger yang ada nak pergi sini, jom lah kita ber gathering di sini. Tentu memberi pengalaman yang menarik untuk kita semua. =)




Dan yang paling penting kata-kata mak aku di kampung selalu pesan.....................................


S_K




Penulisan #1 -Doktor Marijuana


Penulisan.


Sesuatu yang kadang-kadang sukar, kadang-kadang mudah.
Namun penulisan memerlukan ketelitian yang lebih.
Ketelitian yang amat dasyat. Tiada siapa yang boleh menganggu penulis untuk menulis cerita yang menarik untuk pembaca yang dia sendiri tidak pasti ada atau tidak.
Namun dia suka menulis.
Menulis dan terus menulis sehingga lupa akan tanda noktahnya.
Tanda komanya juga.
Serta tanda serunya juga.
Namun orang seperti ini kadang-kala lupa juga untuk menapis apa yang perlu ditapis.
Kadang-kadang main sebat sahaja apa yang ingin ditulis.
Mengalahkan seorang pahlawan yang ingin bertarung dengan makhluk yang hodoh untuk menyelamatkan puteri yang dicintainya.
Selepas dipublished untuk mata masyarakat di luar sana, barulah mereka sedar yang tulisan mereka sudah menjadi viral di Facebook,Twitter mahupun di mana-mana rangkaian laman sosial yang popular, yang tidak popular serta yang amat lapuk seperti Yahoo Massenger.

Penulisan.


Kadang kala berlaku seperti ribut.
Kadang kala berlaku seperti taufan.
Kadang kala berlaku seperti tsunami.
Namun penulis lupa bahawa semua itu adalah kurniaan daripada Allah SWT.
Suatu keistimewaan kita semuanya terletak pada Allah SWT.
Dia yang menentukan segalanya.
Bila tulisan sudah dipenuhi dengan kata-kata cacian mahupun makian, takkan hendak salahkan tuhan kita yang satu itu?
Bila tulisan mahupun karangan yang kita tulis tiada isi mahupun rangka sebelum menulisnya, belum tentu karya itu diminati ramai. Dan belum tentu juga karya itu dibenci ramai.
Ada manusia yang sukakan sarkastik.
Ada manusia yang sukakan penerangan yang berganda.
Ada manusia yang sukakan publisiti.
Ada manusia yang sukakan keharmonian.
Ada manusia yang sukakan kekejaman.
Bahkan ada juga manusia yang suka akan semuanya di atas.

Penulisan.



Seperti pisau yang tajam membelah dada seorang pahlawan yang tewas di medan perang.
Seorang pelakon yang tiada babak menarik untuk diperagakan.
Juga seorang pelakon porno yang tiada aksi maut yang ingin memukau pasangan dan penonton yang ingin melihatnya.
Semua contoh di atas merupakan tabiat seorang penulis yang begitu cemerlang, gemilang, terbilang suatu masa dulu namun dia jatuh ketika di kemuncak.
Fitnah itu isu biasa dalam penulisan.
Tiada fitnah rosaklah penulisan.
Tiada penipuan rosaklah penulisan.
Penulisan yang penuh dengan penipuan merupakan penulisan yang tulen, asli dan menakjubkan.
Ramai yang sukakan penipuan, ramai yang sukakan kecelaruan, ramai yang sukakan demokrasi yang menggila.
Bahkan ramai yang sukakan darah daripada saudara sendiri.
Ini benar.
Kerana penulis kadang-kadang tidak tahu apa yang dia tulis, apa yang dia ingin sampaikan, apa yang dia ingin announcekan kepada pembacanya.
Ada pembaca yang benci melihat penulis itu.
Ada pembaca yang suka akan penulis itu.
Hanya meletakkan gambar comel, gambar freehair, gambar bontot cukup untuk popular.
Cukup untuk rasa dikagumi oleh ramai manusia.
Ooooh,syurganya dunia ini.
Dengan penulisan sahaja,kadang-kadang kita bogelkan apa yang kita ada.
Kadang-kadang kita bogelkan apa yang kita ingin rahsiakan.
Dengan penulisan semuanya akan terbongkar.
Penulisan lebih bahaya daripada percakapan.
Bila menulis, semuanya jadi berani.
Bila menulis, semuanya menjadi orang lain. Bukan diri sendiri. Keyboard warrior berleluasa di Facebook,Instagram,Twitter pada abad yang ke-21 ini, namun apa yang kita dapat lihat, mereka akan kecut telur, bahkan yang hawa akan kecut buahnya bila polis ingin mencarinya. Terus delete status, terus melarikan diri dari Malaysia dan terus tukar kerakyatan Malaysia ke USA.
Entah bodoh atau tak!


Penulisan,


Penuh dengan ketajaman. Jika terkena kepada kulit kita sendiri sudah sakit rasanya, penulisan yang begitu menggamit kenangan akan sentisa berulang dan berulang. Penulisan yang celaka kadang-kadang menghiburkan. Penulisan yang berwawasan kadang-kala memualkan.
Semuanya ada pandangan masing-masing.
Semuanya bukan berada di bawah satu payung sahaja, bahkan ada banyak payung yang kadang-kadang ada yang boleh dikongsi, kadang-kadang tidak boleh dikongsi.
Saling bertikaman dan berbunuhan.
Namun itu semua kadang-kadang hanyalah kebetulan.
Ya!
Kebetulan yang memualkan.
Lebih teruk daripada seorang wanita yang mengandung yang mual ketika suaminya belum pulang kerja.
Lebih teruk daripada seorang rakyat yang mual dengan pemerintahan kejam pemimpinnya.

Penulisan,



Tidak cukup ia berakhir dengan mudahnya.
Tidak cukup jika kita hanya meletakkan tanda noktah sahaja.
Mungkin satu ayat itu boleh dibahaskan dikiaskan dengan lebih mendalam lagi.
Penulisan kadang-kadang akan bercelaru bila typo berleluasa.
Kadang-kadang dengan typo salah faham akan berlaku.
Kadang-kadang dengan typo , boyfriend dan girlfriend akan bergaduh sesama sendiri.
Aaahhh,pergi mampus.
Sebab penulisanlah yang akan membunuh satu hubungan istimewa yang dibina selama ini.
Bukanlah aku hendak benci kepada penulisan, bahkan aku juga seorang penulis.
Tapi aku benci dengan penulisan yang tiada hala tuju. dan kadang-kadang sifat penulisannya berat sebelah.
Sama seperti surat khabar di Malaysia.
Sama seperti novel-novel di Malaysia.
Fuck off!!!




Doktor Marijuana (Esok tetap Mati)