nUFF-nUFF

Followers

Thursday 2 April 2015

#ReviewMovie - Fast n Furious 7


Assalamualaikum,

Hari pertama keluar Fast n Furious 7 terus sahaja dengan cepat bukak laman web TGV cinemas dan purchase 2 keping tiket untuk tayangan Fast n Furious 7. Memang tidak dinafikan aku sudah hafal tarikh movie-movie yang akan keluar dalam setiap bulan. Dan yang paling latest selepas FF7 ialah The Avengers : Age of Ultron. Tayangan akan bermula 23 April 2015. Tapi aku rasa alam sebelum tu tayangan sneak peak bakal menggegarkan pelusuk pawagam yang ada di Malaysia ini.



Okay, cukup cerita pasal tiket wayang jaddah apa. Walaupun memang ramai gila bapak yang pergi menonton cerita itu, aku nak bangga jugaklah yang aku dapat seat yang ELOQ (kata orang utagha).

Tapi aku tak tengok permulaan cerita lah, sebab Maghrib dulu. Masuk2 rasanya dah 5 minit tayangan bermula. Terus ada babak berlawan The Rock dengan John Statham. Eh, banyak pulak cerita. Hahaha.



CGI filem ini memang power.
Aksi filem ini memang mengagumkan aku.
Tak perlu untuk cakap banyak lagi tentang filem ini.
Nak review filem, bukanlah dalam kepakaran aku.
Aku hanya manusia yang menikmati sentuhan-sentuhan unggul daripada pengarah filem yang berwibawa.

James Wan.
Pengarah filem ini, bila tengok dia buat cerita seram contohnya macam The Conjuring memang terasa keseraman yang mengagumkan dan menakutkan.


Bila dia arahkan filem aksi, hambikk!!!
Memang ternganga mulut aku menonton filem ini.

Gelak tawa banyak kedengaran di panggung wayang.
Dan yang paling seronok dan syahdu bagi aku ialah Ending filem ini. =)


Apa-apa pun cukup setakat itu sahajalah aku review filem ini.
Mungkin ada yang belum menonton lagi dan tak best lah bila dah ada orang menceritakannya.

Overall: 15/10
Cast: 9.8/10
Plot: 9/10
Effects: 10.2/10
Cinematography: 11/10


Watak antagonis yang cool. 


Sorry rating untuk filem ini melebihi rating yang sedia ada.
Haha = )


S_K.

No comments:

Post a Comment