nUFF-nUFF

Followers

Tuesday, 14 April 2015

Penulisan #2 - Doktor Marijuana


Penulisan #1 - sila klik LINK ini.


Penulisan yang kedua.




Manusia tidak pernah puas atas sesuatu kejayaan.
Manusia tidak akan lari daripada satu harapan.
Namun manusia akan lemah semangat apabila usaha yang mereka lakukan hanya sia-sia.
Namun ada juga manusia yang pantang mengalah.
Manusia yang pantang mengalah diklasifikasikan sebagai manusia yang berani.
Berani untuk mencuba.
Berani untuk melakukan suatu perubahan.
Berani untuk berada selesa dalam kepompong yang dicipta sendiri.
Dunia ciptaan ini kadangkala kita bayangkan hanya seperti kisah dongeng.
Nak hidup kaya, nak hidup senang.
Namun hutang keliling pinggang.
Nak hidup bergaya, nak hidup selesa.
Namun tidak pernah berdoa.




Manusia boleh diklasifikasikan sebagai dua jenis.
Satu ialah manusia yang berani.
Satu lagi ialah manusia yang penakut.
Dua sifat manusia yang tidak akan sama langsung.
Langsung tidak akan sama.
Diulangi tidak akan sama dua sifat ini.
Sengaja mahu diucapkan sedemikan kerana ada sebahagiaan manusia ada dua sifat ini.
Namun jarang berlaku.
Mungkin satu dalam seribu.
Ingat menteri di Malaysia semuanya berani?
Tidak ada seorang pun pada penulis rasa mereka berani.
Berani kritik, berani membodek.
Kalau tak membodek tentunya ada sesuatu yang bakal mendatang.
Itu tentang hal politik.
Nyah dari sini.




Manusia adalah suatu ciptaan tuhan yang indah.
Manusia merupakan ciptaan tuhan yang paling bijak antara tumbuhan dan haiwan.
Namun kadang-kadang otak manusia senang dieksploitasi.
Haiwan punyai naluri keibubapaan yang tinggi.
Tidak akan mereka sisihkan anak mereka walaupun huduh bagaimanapun anaknya.
Namun manusia, merata membuang anak.
Ada pula tu pihak yang seronok untuk melihat anak-anak kecil ini dibuang.
Disokong dengan tempat pembuangan bayi.
Cara inikah yang terbaik ?
Cara inikah yang afdal?
Memanglah dapat mengurangkan pembuangan bayi di mana-mana tempat,
Namun berkesankah untuk mengelakkan ia berpanjangan?
Manusia jenis ini yang jenis penyangak.
Sombong.
Angkuh.
Mereka ingat apa yang mereka lakukan mereka sudah dianggap bijak?
Mereka ingat apa yang mereka lakukan cukup untuk mengurangkan sesuatu kes?
Mengurangkan?
Hanya untuk mengurangkan?
Perlukah bangga dengan statistik seperti itu?
Kes jenayah di Pontian turun 13 peratus.
Kes bunuh di Alor Setar turun 2 peratus.
Kes pembuangan bayi di Kuantan turun 4 peratus.
Kes gangster di Kuala Lumpur turun 1.7 peratus.
Bangga ?
Masuk paper.
Masuk blog.
Masuk semuanya sekali.
Bangga dengan pencapaian tersebut.
Undang-undang manusia tidak akan melenyapkan daripada semua itu berlaku.
Undang-undang tuhan sahaja yang boleh mengelakkan sesuatu itu berlaku.
Hudud.
Zalimkah undang-undang itu ?
Ok.
Penulis mungkin tidak cukup ilmu untuk mengatakannya.
Tapi apa yang penulis tahu ialah hukum hudud merupakan hukum Islam sendiri.




Manusia punya toleransi.
Manusia punya emosi.
Manusia punya transisi.
Manusia penuh dengan korupsi.

Manusia punya hati.
Manusia punya naluri.
Manusia punya duniawi.
Manusia penuh dengan eksploitasi.



Tidak akan cukup dengan wang ringgit.
Ditambah pula dengan harta benda.
Namun semuanya sebenarnya bukan milik sebenar manusia.
Tuhan berikan pinjaman semata-mata.
Pasangan yang kita dapat pun hanyalah pinjaman.
Dan akhirnya tuhan juga yang punya.
Semua akan mati.
Semua akan ke akhirat.
Syurga dan neraka.
Alam barzakh dan alam kubur.
Manusia akan lalui.
Janganlah ego dengan apa yang ada.
Janganlah angkuh dengan apa yang dicapai.
Sebab hanya kain kapan putih hanya boleh bersama dengan kita di dalam kubur.
Bukannya Ferrari yang berwarna merah mahupun Mercedes berwarna hitam.






Doktor Marijuana (Esok Tetap Mati)



Follow by Email