nUFF-nUFF

Followers

Monday 20 April 2015

BLOG : IKHLAS DALAM HATI


Bagaimana mahu jadikan entry kita lebih menarik untuk dibaca ?
Bagaimana mahu jadikan blogging ini suatu yang menarik untuk diperhatikan ?
Bagaimana untuk meningkatkan trafik dalam blog dan haruskah lakukan sedemikan?

Semua soalan ini boleh dijawab dalam satu ayat sahaja.


IKHLAS DAN TERUS SAHAJA MENULIS.

Sebulan, dua bulan dan tiga bulan cukup untuk memberi kepuasan dalam berblogging.
Jangan sombong dengan apa yang kita miliki.
Share semua pengalaman kita, tidak kira apa pun.
Walaupun perkara yang leceh tapi jika ianya menarik untuk kita sendiri teruskan sahaja menulis.
Jangan fikir apa yang pembaca hendak.
Jangan fikir apa yang pembaca inginkan.
Jangan fikir semua itu.
Apa yang penting terus jujur untuk menulis.

Kadang-kadang dalam satu hari kita timbul minat untuk menulis satu entry.
Namun tiba-tiba tiada idea untuk menulis.
Kosong dan hambar.
Tidak tahu apa permulaan yang patut dilakukan.

Mudah.


Blogwalking.
Itu cara yang sesuai.
Tidak kira blog yang tidak popular mahupun popular sekalipun kita lawati sahaja.
Dan yang penting tinggalkan komen.
Komen kita penting untuk blogger itu review semula blog kita.
Kadang-kadang mereka tidak endah pun semua itu.
Kita komen namun tiada balasan.
Kenapa ?
Sebab mereka manusia biasa juga.
Sebab mereka banyak lagi pekerjaan yang ingin dilakukan.
Tetapi semua itu nothing else matters.
Tidak menjadi masalah pun.

Janganlah berputus asa dengan semua itu.
Teruskan follow blog mereka.
Itu yang penting.
Lantaklah depa kenai dok kita.
Tapi tak lama-lama lepas tu, akan banyak pula orang akan komen dalam blog kita dari semasa ke semasa.



Muka lawa terus jadi popular?
Yup, mudahkan jadi seperti itu.
Pakej 2 dalam 1.
Jika tulisan macam haram jadah muka cantik ramai juga yang follow.
Dengki ke?
Ahh biarkan, rezeki dia.
Tapi jika muka tiada pakej bagaimana untuk lakukannya?
Simple.
Perlu sentiasa yakin dengan diri sendiri.
Tidak perlu untuk berselfie 24 jam di dalam blog, twitter, facebook dan seangkatan dengannya.


Yang cantik biarlah cantik.
Yang hodoh biarlah hodoh.
Jangan makan hati pula.
Teruskan menulis seperti ayat yang saya tulis dengan huruf besar di atas.
Mudahkan ?
Jangan kita rasa susah untuk lakukan semua ini.
Blogging hanya untuk melepaskan apa yang terpendam sahaja.
Kadang-kadang di dunia luar, kita tidaklah sebising seperti menulis di dalam blog.
Kadang-kadang di dunia luar, kita tidaklah seaktif seperti makcik yang berborak di tingkap jiran masing-masing.

Okay cukup penulisan saya.

Assalamualaikum.


S_K

No comments:

Post a Comment