nUFF-nUFF

Followers

Wednesday 8 April 2015

#BLOGGERTALK : 5 PERKARA MENARIK TENTANG NEGERI ANDA



Ooopsss,



              Aku Syafik. Aku nak menulis tentang Pahang. Negeri kelahiran aku. Tajuk #Bloggertalk kali ini amat mencabar. Walaupun aku anak jati Pahang, tapi aku takde begitu arif untuk mengenal pasti kelebihan yang ada di negeri Pahang ini. Umur 18-24 tahun aku berhijrah belajar di Perlis (UniMAP), so aku boleh hanya dapat bagi kelebihan yang aku dapat ketika berumur 1 hari sehingga 17 tahun sahaja. =)



              Aku secara detail hanya duduk terperap di rumah sahaja ketika itu. bahkan umur aku ketika 14-17 tahun, aku stay di asrama. Tiada apa yang istimewa tentang diri aku yang hendak aku ceritakan. #eh dah lari tajuk pulak. Itu kisah #bloggertalk yang lepas.


1. CAMERON HIGHLANDS



          Apa yang menarik ada di Pahang ini ialah tempat pelancongan yang menyejukkan. Cameron Highlands. #sekarangtaksangat.


 Dulu kalau aku nak pergi ke Cameron Highlands aku akan merentasi negeri Kelantan dulu, barulah akan sampai di Cameron Highlands. Pelik? Tak payah nak pelik sangat, sebab memag itu adalah jalan yang ada. Sekarang tak lagi. Dari rumah aku, hanya mengambil masa sejam lebih sudah sampai ke Cameron Highlands. Kalau dulu aku pergi pakai sweater, sekarang aku pakai singlet .
 #itumenakjubkan.


 Apa yang masih menarik tentang Cameron Highlands ialah kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di ladang mereka. Dari segi positifnya, ,memang dua perkara ini amat membuatkan aku terpaku bila datang ke Cameron. Dan kerana kesegaran sayur-sayuran daripada Cameron ini membuatkan aku jatuh cinta untuk makan sayuran , tapi just sayur Cameron je. Haha =D

2. TEMPOYAK IKAN PATIN




      Part ini pasti satu Malaysia sendiri pun tahu, tapi biarlah aku kenalkan juga apa itu tempoyak ikan patin. Tempoyak membawa maksud campuran daripada isi durian beserta garam dan gula yang digaul together di dalam satu bekas dan akan disimpan di tempat yang sejuk seperti peti sejuk. Gulai tempoyak ikan patin bukanlah sesukar mana nak buat, tapi resepi mak aku yang paling best pada lidah aku. Yelah, 25 tahun merasa masakan mak. Kalau pergi mana-mana kedai terus cakap tempoyak kurang lah, cili kurang lah. Apa lah , itu lah, ini lah. Nonsense Syafik nonsense !! Haha.

3. BANYAK DIALEK



        Berhati-hati bila sampai di negeri Pahang. Kadang-kadang daerah itu tidak akan sama dialeknya berbanding dengan daerah yang ini. Simple kita ambil dari negeri Kelantan lah. Mereka punya loghat semuanya serupa sahaja. Tapi kalau kat Pahang, akan berbeza-beza dialeknya. Contohnya di Kuala Lipis lain, Temerloh lain, Raub lain, Jerantut lain dan of course Kuantan turut lain.

makcik lejen

       So, kalau orang tanya dialek negeri Pahang macam mana, akan berbeza-beza lah. Contohnya ada orang Kedah yang ingin tahu tentang dialek negeri Pahang, orang dari daerah Jerantut akan bertutur lain dan sebaliknya juga bagi daerah yang lain. Dan yang paling penting, percakapan negeri Pahang ini berkelajuan seperti peluru. Wahhh =O


4. SAMBAL HITAM


     
 Ini adalah masakan yang paling lejen pernah aku rasa dan terbaik pernah aku makan. Aku pun tak tahu lah asal dari daerah mana sambal hitam ini, tapi sambal hitam ini diangkat oleh permaisuri negeri Pahang sendiri untuk diangkat sebagai salah satu makanan dari negeri Pahang, Ale le Tok Gajahku. Haha.



        Hasil campuran belimbing buluh, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili, garam , gula dll lagi. Bila dicampur sekali ia akan membuatkan seluruh warga rumah akan terbersin. Achummm!!! Kalau ada sesiapa yang berkenan PM saya atau wassap sahaja. Harga tanpa GST. =)

5.  PULAU TIOMAN






     Aku tak tahu lah asal-usul nama Tioman tu, tapi menurut blogger ini, inilah hasil yang saya dapat.

     Nama Tioman di ambil sempena nama seekor burung iaitu burung tiong . Kisah bemula apabila sekumpulan pedagang yang datang ke Tioman . Lalu mereka  ternampak sekor burung tiong .  Lalu salah seorang mereka  bertanya kepada seorang penduduk tioman itu ."Siapakah yang empunya burung ini?'lalu penduduk yang bernama Man itu berkat " itu burung tiong ma,tuan" bahasa orang tioman 'man' itu ertinya 'saya' maka kamu ertinya 'aji' . Lalu pedagang itu pun berkata apakah nama pulau ini lalu si man pun berkata "pulau ini tiada nama" lalu pedagang itu memberi nama Pulau ini pulau tioman. hasil gabunagan Tiong + Man = Tioman. 
   Tioman mula popular kira-kira tahun penghujung 80 an . Hal ini berlaku kerana salah satunya kerana spasukan pelajar dari maktab perguruan di cheras mula membuat perkemahan di kampung salang . Kemudiannya dikuti oleh kaum cina yang sama melihat pontensi dan mereka juga datang ke tioman sekali sekala . Bagi menyambut kedatangan pelancong mereka mula membina rumah panjang dan rumah yang berbentuk A. Selang setahun demi setahun pulau Tioman berkembag maju . Sehingga pengiat filem malaysia mula mengambil tioman sebagai tapak perfileman.Seperti 'Oh fatimah' yang dilakonkan pada tahun 90 an.Walaubagaimanapun sekolah dikatakan merupakan bangunan yang paling lama bertapak di tioman . Kira tahun 1950 an sekolah sudah wujud.
Tioman sekarangSekarang tioman sudah tersohor di merata tempat sudah mengenali tioman.kedatangan pelancong yang begitu meningat ke tioman.Pendapatan penduduk pun meningat. Status mereka berubah sekelip mata sahaja.





     Kalau ada sesiapa yang berkenan nak pergi Pulau Tioman jangan contact saya, saya tidak tahu. Contact beliau. Haha =) Bahkan aku sendiri pun tidak pernah sampai jejak ke sini. So kalau ada geng sahabatblogger yang ada nak pergi sini, jom lah kita ber gathering di sini. Tentu memberi pengalaman yang menarik untuk kita semua. =)




Dan yang paling penting kata-kata mak aku di kampung selalu pesan.....................................


S_K




No comments:

Post a Comment