nUFF-nUFF

Followers

Sunday, 5 April 2015

Kehidupan : Rupa Paras Tidak Penting, Yang Penting Hati. - D_K


Assalamualaikum w.b.t,

Semalam baru lepas tengok ABPBH. Dan satu perkara yang tak boleh buat saya lupa ialah Gemook is Awesome!!! 
Ucapan kemenangan Abam Bocey di ABPBH

Haha sebab entry hari ini saya ingin menceritakan perihal paras rupa. Memang ramai yang gemuk di Malaysia ini dan menunjukkan bahawa lebih separuh daripada rakyat Malaysia tidak menjalani gaya hidup sihat. Woww fakta yang mengejutkan.  Apa yang saya tidak faham ialah  kenapa orang yang tiada langsung kelihatan gemuk tetapi orang sekeliling katakannya Gemok! This is about Chubby. Diulangi Chubby!!! Not Gemok!! (Jaga hati sendiri..hehe)


Dalam dunia ini tiada sesiapa pun mahu kelihatan tidak sempurna! Semua mahu Nampak sempurna. Perfect! Tetapi kita sebagai manusia seharusnya kenalah besyukur seadanya. Sekalipun beliau adalah model, belum tentu mereka puas dengan hidup dan shape body mereka. Ini semua sebab psikologi. Mainan psikologi yang membuatkan semua ini berlaku. Kadang-kadang dengki dengan oarng tersebut. Kenapalah dia begitu anggun, begitu sempurna di pandangan mata namun tidak bertudung. Tetttt!!!

Ramai model yang tidak berpuas hati dengan body shape mereka sendiri. Dan kerana itulah penyakit anexoria terjadi. Tak tahulah betul atau tidak perkataan terbabit. Hee.


Sedangkan saya sendiri pun tidak akan berpuas hati dengan shape body sendiri. Yang perempuan mahukan badan seperti Erra Fazira , yang lelaki mahukan badan seperti Zul Ariffin. Apa yang boleh kita lakukan hanya lah sentiasa berusaha untuk kelihatan sedimikian. Gaya hidup sihat adalah lagi penting berbanding dengan kecantikan luaran. Ini kerana kecantikan dalaman memberikan satu kesegaran dalam kehidupan dan tidak pernah akan lupus kecualilah bila kita bertemu dengan kematian. Innalillah wa innalillah hiroji’un.

Actually, as long kita sudah setting otak ini untuk rasa bersyukur dengan kurniaan ciptaan Allah SWT,  Insya ALLAH boleh la bantu sikit rasa ketidakpuasan yang terbit daripada hati itu. Semua otak manusia mempunyai neuron-neuron yang berhubung, kalau tidak tak muncullah iklan yang mengatakan “ Sel otak kanak-kanak berhubung bila minum susu pasaraya XYZ”. Kahkahkah! Susu ibu lagi best =P



Dalam era globalisasi sekarang ini handphone yang ada pada tangan masing-masing semuanya nampak cantik,kemas dan cute-cute. Apa kata letak la kata-kata pada screen phone tu. “Ehhh kita kene bersyukur la, ada hidung, mata, telinga, semua lah ...daripada tiada langsung salah satu kurniaan tu.” Ada faham?! At least syaitan yang ada di sekeliling korang akan rasa sedikit tercabar lah. 

Dan akhir kata daripada saya ialah tidak perlu untuk kelihatan putih dan sangat-sangat putih ataupun kurus yang terlampau kurus. Yang penting hati kita kena jaga selalu daripada perkara-perkara yang tidak elok. Sekian.



D_K 

Follow by Email