nUFF-nUFF

Followers

Thursday 5 March 2015

Malaysia Masih Aman - Mat Rock



Hidup sebagai manusia di Kuala Lumpur/Selangor menyeksakan. 
Apatah lagi jika duduk tanpa keluarga.
Mujurlah rakan-rakan ada menemani.
Kekasih hati turut di sisi.

Namun kadang-kadang kita lupa.
Lupa tentang apa yang berlaku di dunia luar.

IS.
Militan.
Taliban.
Perogol.
Peliwat.
Perompak.
Gangster.

Semua golongan ini sebenarnya seperti golongan yang kurang kasih sayang.
Kurang diberi perhatian. 
Keluarga bermasalah ?
Kadang-kadang ia tidak dapat mengandaikan sepenuhnya kenyataan tersebut.
Hubungan sesama manusia musnah? 
Tiada kawan ?
Atau sebab kawan juga?

Semua itu sebenarnya bermula daripada diri sendiri.
Sebelum ini tidak pernah merompak, 
ikut kawan terus merompak.
Sebelum ini selalu masuk surau,
Lepas itu jadi macam binatang.
Bukan binatang yang manja macam comel itu.
Tapi binatang yang hidup di hutan.
Tiada pendidikan.
Tiada asas kehidupan.
Tiada penyelesaian masalah ini.

Khuatir dengan semua ini?
Tak perlu.
Sebab kita berada di Malaysia.
Bukan di Uganda.
Risau dengan harga kenaikan harga barangan ?
Harga Minyak ?
Tidak perlu risau.
Kerana negara ini adalah negara berdemokrasi.
Negara yang kononnya terlalu baik dengan negara luar.
Sedangkan kita penduduk di Malaysia sendiri tahu bagaimana demokrasi itu.

Pergaduhan.
Pembunuhan.
Dendam.
Mati.

Empat perkara itu sudah cukup untuk menggambarkan Malaysia sekarang. 
Malaysia masih aman?
Tiada perang?
Mahkamah bertindak bijak di atas sesuatu dakwaan.
Curi milo 3 bungkus kena jel 3 bulan.
Curi duit rakyat , terus membisu.
Hm....
Malaysia masih aman.

Banyak perkara yang berlaku di Malaysia ini tanpa kita sedar.
Rogol.
Bunuh. 
Memang itu jenayah berat.
Rasuah.
Itu jenayah ringan.
Hanya bayar denda dan lepas dari dakwaan. 
Mudah bukan?

Janganlah kita risau kerana negara yang kita diami sekarang masih aman. 
Masih tiada kacau bilau.
Kecuali selepas pilihanraya.
Hak demokrasi punya pasal.
Maaf jika tidak memahami maksud tersirat dalam karangan bodoh saya ini.

Yang penting dalam karangan bodoh ini ialah 

Malaysia Masih Aman (MMA)


Yang Benar,

Mat Rock



No comments:

Post a Comment