nUFF-nUFF

Followers

Monday, 9 March 2015

Kisah result SPM - Budak Lepasan SPM yang Naif


Saya masih baru dalam penulisan.

Saya masih lagi seorang insan yang suci (baru habis SPM).

Result SPM saya 4A 1B 5C.


Kenapa saya dapat banyak C ?

Sebab kawan-kawan saya dah ambil semua A saya.

Yang tinggal A untuk saya ialah mata pelajaran Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik dan Kimia.

Yang B tu saya dapat daripada matapelajaran Pendidikan Islam.

Saya tidaklah alim macam Ustaz Akhil Hayy.

Jauh lagi bijak macam Najib Razak.

Tapi saya pun tak tahu kenapa kawan-kawan saya sangat bodoh sampai Kimia pun boleh dapat B.

Kimia adalah benda mudah.

Fizik pun mudah.

Cikgu Suraya yang ajar, confirmlah saya pandai.

Maaf ye kalau ada yang terasa.

Penulisan saya ini tidaklah selancar Ben Ashaari.

Tidaklah secantik seperti Hanis Zalikha,

Sebab muka saya tak hensem sangat macam Monafendy.

Tapi yang penting hati saya tak hitam macam Doraemon.

Iye, Doraemon hati hitam.

Lebih hitam daripada kakitangan awam.

 Maaf jika istilah saya kadang-kadang macam hampeh.

Sebab saya tulis ikut suka hati je.

Itu sebab Bahasa Melayu saya dapat C.

Bongok betul.

Salah cikgu lah ni.

Nama cikgu Bahasa Melayu saya Cikgu Zul Ariffin.

Bukan sebab dia hensem saya tak fokus. ( I am a guy lah).

Tapi sebab dia sibuk bershopping dengan Ayda Jebat.

Cis.

Ayda Jebat tu pulak Cikgu Biologi saya.

Tapi dia tak pernah nak ajar bab pembiakan.

Mungkin ada rahsianya tersendiri kot.

Oklah, dah lenguh saya menulis. Nanti jumpa lagi.

Saya sibuk nak isi borang UPU.

Salam.




Yang Bangang,

Budak Lepasan SPM yang Naif




Follow by Email