nUFF-nUFF

Followers

Sunday 8 March 2015

Dunia itu Bulat - Ustaz Kayu


Bola itu bulat.
Hakikat bola yang dilahirkan ialah bulat.
Kecuali
Bola ragbi.



Bumi itu bulat.
Hakikatnya semua planet bulat.
Namun
Zuhal mempunyai satu bentuk piring yang berlubang.

Hakikat manusia juga begitu.
Ada yang cerah,
Ada yang gelap,
Ada yang sawo matang,
Ada yang rendah,
Ada yang tinggi,
Ada yang besar,
Ada yang kecil.
Terlalu banyak perbezaan di kalangan manusia.

Itu belum kita kaji menerusi hidung.
Mata.
Mulut.
Pipi.
Rambut.
Semuanya berbeza.

Lelaki dan perempuan juga manusia namun mereka berlainan sifat.
Lelaki ada 1 nafsu.
Wanita ada 9 nafsu.
(What the Fish?!)
Ok.
Itu hanya ungkapan yang kadang-kadang logik,
Kadangkala juga tidak logik.
Mengapa sedemikian?
Kerana...
Lelaki dan wanita saling mlengkapi sesama mereka.

Pelik jika Gay berkahwin dan mempunyai seorang anak,
sampai sanggup membuktikan kepada dunia bahawa itu anak mereka berdua.
Namun hakikatnya , pedang takkan bertemu pedang.
Bunga takkan bertemu bunga.
(if you know what i mean)

Manusia di muka bumi ini berbeza keturunan.
Ada keturunan Hitler.
Keturunan Hang Tuah.
Keturunan menteri.
Keturunan ulama.
Keturunan Minangkabau.
Keturunan Bangladesh (Versi baru).

Dan

Manusia turut mempunyai berbeza-beza agenda.
Ada yang mahu hidup untuk dunia,
Ada yang mahu hidu untuk makan.
Ada yang mahu hidup untuk mati.
Ada yang hidup untuk seks.
Ada yang hidup untuk najis dadah.
Dan juga,
Ada yang hidup untuk seseorang.

Namun sebagai umat islam,
Kita ialah hamba
Hamba Allah S.W.T.
Hamba pencipta kita seadanya.
Jangan lawan arahanNya.
Jangan tidak patuh perintahNya.

Kerana sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berdoa kepadaNya supaya dipermudahkan segala urusan.

Bukan sebagai kafir.
Bukan juga sebagai aties.

Semua itu bukan golongan muslim.
Namun jika sebelum ini beliau ialah aties,
Beliau adalah kafir,
Jika masuk Islam , dosanya seperti bayi.
Suci,bersih dan sejahtera hendaknya,

Kita sebagai pemegang amanah daripada Allah S.W.T selama beberapa tahun harus malu dengan golongan kafir (yang sebelum) ini tidak berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Namun semuanya boleh berlaku.
Kerana dunia itu bulat.
Ya bumi ini bulat.
Ia berputar.
Kadang-kadang kita di atas,
Kadang-kadang kita di bawah.


Karya daripada,

Ustaz Kayu.

No comments:

Post a Comment