nUFF-nUFF

Followers

Tuesday 3 March 2015

Aku Bosan Jadi Manusia!


Aku bosan jadi manusia,
Aku bosan jadi penduduk di Malaysia,
Aku bosan mengenang nasib di Malaysia,
Aku bosan bila menjadi diri sendiri,
Aku bosan berada di takuk yang lama,
Aku bosan bila Malaysia makin maju,
Aku bosan jadi seorang yang berguna untuk mak ayah,
Aku bosan jadi seorang jurutera,
Aku bosan menjadi seorang yang baik,

Nak sesekali juga ingin menjadi..

Robot,
Penduduk di Israel,
Bermastautin di Antartika,
Menjadi pelacur sepenuh masa,
Ingin kaya hasil menipu orang lain,
Ingin lihat Amerika semakin kejam,
Jadi derhaka kepada mak ayah,
Nak jadi menteri pasola di Negara Pasir Berdengung,
Dan yang paling utama ingin selamanya jadi

SYAITAN!!!

Tapi.....

Aku rasa macam tak layak nak jadi semua tu,

Sebab semua tu perlukan usaha yang keras,
Hati yang hitam,
Hati yang keras,
Jiwa yang rosak,
Jiwa yang celaka.



Kalau semua itu ada, sudah tentu aku dah tak jadi macam aku sekarang.
Tentu semua apa yang aku inginkan aku dapat.
Semuanya dapat memuaskan hati aku.

Tapi bila fikir aku ini Islam.
Terus aku menganalisis perkara ini dari sudut Islam itu sendiri.
Bila memikirkan agama yang aku peluk ini tiada paksaan,
Terfikir di kepala ku sendiri, sebab itu kah solat ditinggalkan?

Tiada paksaan dalam beragama tak semestinya tidak mengerjakan apa yang patut dikerjakan.
Tiada paksaan dalam beragama tak semestinya membuat kita bebas melakukan apa sahaja.

Setiap yang tertulis di dalam Al-Quran semuanya benar belaka.
Daripada air mani menjadi tubuh yang lengkap iaitu digelar manusia.
Logikkah bila setitis air itu menjadi orang ?
Semua ini kuasa tuhan.
Tiada yang boleh menyangkalnya.
Yang menyangkalnya pun boleh terbit rasa ingin tahu siapa itu Allah S.W.T.

Aku bukan ustaz,
Jauh lagi seorang yang banyak pengetahuan tentang islam.

Tapi aku bukan seorang yang kafir,
Bukan juga seorang gila ingin terus menulis tanpa ada tafsiran dan taksiran.
Takut disalah erti.

Aku hanya seorang hamba.
Hamba.
Ya, Hamba.
Apa sangat hamba boleh lakukan kecuali menuruti perintah Allah S.W.T.
Hanya hamba Allah S.W.T yang bila-bila masa boleh pergi meninggalkan dunia ini.

Jumpa di akhirat.

Assalamualaikum w.b.t


Yang Benar,

SyafikKamaluddin.

No comments:

Post a Comment