nUFF-nUFF

Followers

Thursday 16 April 2015

Perjalanan Kehidupan - Tom








Manis hubungan itu bukan kerana gula. 
Manis makanan itu bukan kerana mesra.
Manis senyuman itu bukan kerana silaturahim.

Senyum ,tidak perlu kata apa-apa.
Marah, hanya menunjukan kebengisan.
Ketawa, tidak perlu untuk sampai terbahak-bahak.

Resepi cinta mempunyai pelbagai perisa.
Resepi benci , syaitan yang akan menyokongnya.
Resepi mati, hanya tuhan tentukannya.

Matang untuk berbicara.
Matang dalam apa jua situasi.
kadang-kadang sukar untuk kita temui.

Kesederhanaan menguji untuk kita menjadi seorang yang matang.
Matang dalam pelbagai cabarannya.
Matang sentiasa mengiringi langkah yang ada.

Bukanlah untuk mendeklamasikan sesebuah epik cinta yang palsu.
Bukanlah untuk menganaktirikan peribahasa yang tersedia ada.
Namun langkah kanan perlu dibuka.
Perlu dibuka untuk maju kehadapan.
Bulan dan matahari akan sentiasa ada setiap hari.
Siang dan malam akan sentiasa muncul di setiap hari.

Perjalanan masih jauh kelihatan.
Bayang-bayang sentiasa menjelma.
Kadang kala pendek , kadang kala panjang.
Bayang-bayang tidak akan lari daripada manusia.
Malam kelihatan.
Namun bayang-bayang tidak juga akan meninggalkan manusia.



Hasil Tulisan,

Sahabatmu, Tom.

No comments:

Post a Comment