nUFF-nUFF

Followers

Friday 17 April 2015

#ReviewNovel - Sepuluh Jahanam




Kenapa TUHAN tak adil dengan aku ? 

Assalamualaikum, tiba-tiba sahaja bercerita tentang TUHAN tak adil dengan aku. What happened ?
Aku just menulis apa yang ada pada cover novel sahaja. Aku bukanlah beli novel ini semata-mata ada tulisan nasi kangkang tu, tapi aku lihat pada penulis novel ini juga. Azwar Kamaruzaman. Walaupun beliau muda daripada aku, tapi aku tak boleh jadi seperti dia. Ayat dia bukanlah terlalu puitis sampai kau nak keluarkan air mata secara slow motion. Ayat dia direct. Secara langsung dan secara terus. Tepat-tepat kat dahi kau kalau kau baca novel karya daripada beliau ini.

Ini bukanlah buku pertama yang aku baca daripada penulis Azwar Kamaruzaman. Dah ada tiga novel sebelum ini, dan semuanya bagi aku memang cukup memuaskan hati. Novel yang sepuluh jahanam ini aku baca dua hari sahaja. Dulu pernah baca novel Suamiku Bukan Suami kau yang Kedua , tapi aku nak habiskannya mengambil masa selama 10 bulan. Ahhhh dan memang bukan niat aku untuk menidakkan novel seperti itu tapi novel seperti itu tidak kena pada jiwaku. Last-last bahagia juga bila suaminya pilih isteri yang juga watak utama novel itu. Hmmm, hambar.

Baiklah teruskan dengan review novel ini. Sebenarnya ia bukanlah 1 novel 1 cerita , tetapi novel ini adalah koleksi cerpen yang ditulis oleh Azwar sendiri. Kalau nak baca novel dia yang lain cuba lah cari tajuk BABI, NASI KANGKANG dan SAKA. Tapi semuanya tak menghambarkan aku. Mungkin sesetengah orang tidak boleh terima apa yang ditulis oleh Azwar. Memang lah kadang-kadang tidak logik, tapi tulisan dia memang ada sengat. Memang ada bisa. Kau buat jahat jadi BABI. Fishhhh novel lain tiada macam tu. hehe =)

Terdapat sepuluh cerpen dalam antologi Sepuluh Jahanam iaitu:
1-Kenapa Tuhan Jahat?
2-Bukannya Si Jalang
3-Tiada Tuhan Kedua
4-Aku
5-Terima Kasih Abang, Keranamu Ika Tanggung Dosa Itu!
6-Fakof Sebuah Kehidupan
7-Janin
8-Wanita Si Pengutip Kopi
9-Tika Syaitan Bertitah
10-Air Mani Jantan
1-Kenapa Tuhan Jahat? 2

Tengok senarai ada sebelas , tapi aku senaraikan hanya ada sepuluh sahaja. Ini bukan typo ok. Ini betul-betul. So kalau ada sesiapa yang masih belum baca novel ini, aku suggestkan korang baca lah. Tapi hati yang nipis janganlah baca. Sentap dan terkesima nanti bila dah habis baca setiap cerpen yang ditulis oleh Azwar. 
LEJEN PRESS (Untuk makluman lanjut)
Tengok tajuk pun dah tahu gaya penulisan kasar dan ganas beliau macam mana. Apa-apa pun hasil titik peluh beliau, sekarang ramai dah baca novel beliau. Tahniah Azwar!!!

Hambar ke tak hambar ke novel ini, memang aku tidak pasti, ikut selera masing-masing lah kan. Tapi bagi aku, aku nak juga give the rating for this novel.

Jalan Cerita : 9.5/10

Cover Depan: 7/10

Gaya Penulisan : 8/10

Gaya Bahasa: 6/10

Emosi : 10/10

Keseluruhan: 8/10


S_K

No comments:

Post a Comment