nUFF-nUFF

Followers

Thursday 31 October 2013

Hari 2 : Hari Cuti

Post ketiga saya pada hari ini .

Menu: Nescafe panas dan 10 keping biskut cap ping pong .

Waktu : 9 pagi .

Status: Blur , niat nak buat assigment terbantut sebab malas .

Berita gembira hari ini : Dapat cuti 5 hari 5 malam .

Berita kurang gembira : BIS BBM awek sudah habis .

Berita Paling tergempak : Berpeluh buat plank .


Selepas breakfast, aktiviti plank seperti biasa . 

Tapi tak cukup untuk mencapai 5 minit yang diperlukan , oh shit ! 

Badan berat nak tampung tangan yang menyokong . Masih tak mampu . Takpe esok dan seterusnya masih ada . Bukan senang nak capai tahap macam ini . 


Hah macam mana ? Kalau kartun boleh lah nak lukis , kalau diri sendiri masih tak mampu lah . 

5 hari waktu untuk bercuti patut digunakan sebaik mungkin .

Member lain balik kampung . 
Ada juga melancong ke Cameron Highlands.
Tapi aku tetap ada di kolej kediaman. 
Assignment ? 
Belum tiba masanya untuk memulun. 
Yang penting cuti ini adalah waktu untuk berehat dari segala apa kejadah yang memesongkan jiwa. 

Korang apa cerita pulak time cuti ni ? hmmm , melancong dengan pasangan masing-masing. =) 



Hari 1 : Plank Time

Post kedua saya pada hari ini .

Menu: Nasi putih , ikan keli goreng dan telur masin serta air sirap  .

Waktu : 4 petang .

Status: Mata sudah layu .

Berita gembira hari ini : Kelas habis awal sejam.

Berita kurang gembira : Lecturer merajuk , marah dan sedih .

Berita Paling tergempak : Masih boroi .

Awan petang menandakan sempadan perlis-kedah hujan lebat tapi tidak sampai di kolej kediamanku. 

Mata sentiasa tak dapat fokus bila tulisan yang terlalu kecil ditulis di 'whiteboard'. Jenuh nak menengok di hujung 'whiteboard' itu .

Plank activity bermula petang ini (maybe?) . 



tapi mampu ke ? takpe try routine  step by step . Sesiapa yang ada ajaran tersendiri tu minta share boleh tak ? ok , sekian. 


Wednesday 30 October 2013

Hari 1 : Tulisan Bermula


Assalamualaikum w.b.t,

Post pertama saya pada hari ini .

Menu: Nasi Goreng dan kentang goreng .

Waktu : 10 pagi .

Status: Perut masih kenyang .

Berita gembira hari ini : Kelas pagi batal .

Berita kurang gembira : Kelas petang dari 2 petang sehingga 6 petang .

Berita Paling tergempak : Masih boroi .


Menuju ke hujung minggu menandakan otak yang berfungsi hampir berhenti untuk bertindak .
Selepas berhempas pulas dengan ujian a.k.a test (dalam bahasa inggeris) , otak yang berfungsi dengan aktif kini berhenti untuk kerja-kerja kejuruteraan dan menaip untuk kerja-kerja di dalam website.

Entry pertama yang tiada kena mengena dengan mak ayah , makwe dan perdana menteri Malaysia.

Godek-godek facebook jumpa perkara yang sangat-sangat mengagumkan .

Bar-Risan

Street Workout 

Dan kedua-dua page ini sangat ohhsemmmmm !!!

Rasa nak try tapi mustahil untuk jadi seperti ini dalam masa satu hari .

Practices make perfect .



Nice Job

This is how to produced to be like that :