nUFF-nUFF

Followers

Thursday 22 January 2015

KISAH SEDIH SI UMAR APABILA MENDAPAT TAHU KE'HAMIL'AN ISTERINYA



"uweekkkkkk..uwekkkkk"

"Melati kenapa dengan kamu sayang?", soal Umar kepada isterinya Melati . Beliau tersangatlah risau akan keadaan isterinya itu . Sudah 2 hari 3 malam 1 senja isterinya muntah tanpa sebab . So dengan tafsiran Umar sendiri bahawa mungkin isterinya mengandung ada benarnya . Sudah 3 tahun berkahwin baru itulah Melati menjadi begitu .

"subur jugak aku ni,"soal hati Umar sendirian . Namun dalam masa 2 bulan yang lalu , beliau tidak pernah menyentuh isterinya . Ini kerana beliau ketika itu berada di luar negara iaitu di negara pasir berdengung , Tajikistan . Umar merupakan askar sukarelawan dari Malaysia . Di sana beliau menghantar bekalan makanan , minuman dan pakaian untuk warga Tajikistan yang tidak mempunyai kemudahan seperti itu .

Beliau sudah musykil atas kejadian terhadap isterinya itu . Mulalah beliau memikirkan yang isterinya curang . "Kalau 3 bulan kandungannya sudah tentu nampak sikit buncit , ini tak" . Pelbagai persoalan yang bermain di jiwa Umar sekarang .

Sebenarnya Melati tidaklah mencintai Umar sepenuh hati ketika mula-mula perkahwinan mereka . Ini adalah paksaan daripada ibu bapa Melati sendiri . Sebelum itu Melati mempunyai seorang balak yang boleh tahan muka nya (macam ni) .


Nama beliau ialah Ali . Ali merupakan seorang ahli penggali kubur di kampung Talamao itu . Kampung yang didiami kira-kira 400++ belum campur dengan binatang-binatang peliharaan termasuklah buaya , harimau , kuda belang , zirafah , badak sumbu dan fosil dinosaur . Perkampungan di situ sangatlah klasik sehinggalah pernah tercatat dalam rekod di negara Tunisia , ANUGERAH KAMPUNG PELIK DI DUNIA .

Melati hanya melenguh kesakitan ketika itu .

"Kau curang dengan aku eh? , aku takde kat sini kau 'main' dengan jantan lain!"

"mana ada bang?,Melat(nama manja) tak buat apa-apa pun . "

"aaahh sudahlah Melat , abang tak nak dengar lagi . "

"abang Umar tolonglah jangan macam ni, Melat tak bersalah"

Suara mereka berdua dapat didengari terus dari rumah sewa si Syafik . Syafik merupakan seorang usahawan One Drop yang glamour dan sangat lah hensem juga tampan . Badannya yang berketul-ketul mengalahkan Darkbatmandan Ben Ashaari sendiri . Syafik hanya menyedari pertelingkahan mereka apabila mendengar bunyi pinggan pecah dari dalam rumah itu . Beliau tidak ambil kisah pun dengan kejadian itu . Kerana sudah banyak kali kejadian seperti berlaku .


"baik aku teruskan on9 blog aku ni" . Syafikway.com merupakan blog yang amat beliau sayangi . Beliau cuba untuk menaikkan rating blognya namun usahanya gagal . Pelbagai entry yang gila sudah tercatat di situ pada permulaannya namun sekarang beliau hanya meletakkan entry-entry SEO sahaja .

"abang , Melat tak buat apa-apa pun lah selama abang takde "

"ohh ko menipu aku yee ?, meh sini aku nak penampo sekali"

"Panggg !!!"

Melekat tanda 3 jari tertepek di atas muka isterinya , Melati . 2 jari Umar yang lain telah putus ketika beliau sibuk bermain mercun bola ketika umurnya 14 tahun dahulu . Itu situasi nakalnya ketika itu . Nasibnya baik apabila diterima sebagai askar sukarelawan di Tajikistan .

"abang , kenapa tampar saya? , saya tak bersalah . Not not not . "

"kalau tak bersalah kenapa sekarang kau mengandung?" , soal Umar dalam keadaan marah .

"mengandung? , macam mana abang tahu?"

Terus Umar blah dari situ . Beliau tak mahu lagi sedih dengan kecurangan isterinya , Melati . Beliau sendiri mahu blah dari rumah itu .

Setengah jam mengemas baju Umar akhirnya bersiap untuk blah pada malam itu . Beliau tidak sanggup nak tidur dengan isterinya yang curang itu .

"sebelum aku blah dari sini ....." . Tidak sempat untuk Umar membuat pengumuman itu tiba-tiba muncul Ultraman di depan pintu rumah kampung beratap rumbia mereka .


Ultraman itu ialah sebenarnya manusia biasa sahaja . Yang sedang memakai baju Ultraman itu ialah ayah mertuanya , Pak Dollah .

"hah kamu mahu ke mana?" soal Pak Dollah kepada si Umar .

"Ouh abah .. saya mahu keluar dari rumah ini , saya tak sangka bini saya curang"

"apa kamu cakap?" , terus Pak Dolleh menghunuskan pisau lasernya kepada si Umar . Ketika kecil Pak Dollah sangat meminati cerita Ultraman . Dan sekarang orang kampung memanggilnya DOLTRAMAN .

"anak abah ni dah curang dengan saya , dia 'main' dengan Ali time saya pergi Tajikistan!" bentak Umar sendirian .

"apa kamu cakap? PANGGGGG!!!!"


Satu lagi pelempang wujud di dalam rumah itu . Bunyi itu mengejutkan jiran-jiran mereka . Semua isi rumah keluar dari dalam rumah mereka sendiri . Turut kelihatan di situ ialah Syafikway .


"bini kamu ni bukan mengandung , tapi sakit perut .. keracunan makanan "

"ehhh betul ke abah? , mana abah tahu?"

"abah tahu lah sebab abah yang masak untuk dia , tersalah masuk bahan makanan yang sesuai dalam masakan"

"salah abah lah ni? abah masukkan apa ?" soal Umar . Mula lah beliau menyesal atas perbuatan menampo bini beliau sebentar tadi .

Dengan muka tak bersalah , ayah mertuanya berkata , "aku masukkan paku , patutnya paku pakis . Sekarang ni aku nak hantar ubat lah untuk anak aku ni "


"apa ke bodoh jugak bini aku tuh makan paku?" monolog Umar sendirian .



P/S : pernah kena tampo ?? PANGGG PANGGG PANGGG lagii . hahaha .