nUFF-nUFF

Followers

Wednesday 8 April 2015

Penulisan #1 -Doktor Marijuana


Penulisan.


Sesuatu yang kadang-kadang sukar, kadang-kadang mudah.
Namun penulisan memerlukan ketelitian yang lebih.
Ketelitian yang amat dasyat. Tiada siapa yang boleh menganggu penulis untuk menulis cerita yang menarik untuk pembaca yang dia sendiri tidak pasti ada atau tidak.
Namun dia suka menulis.
Menulis dan terus menulis sehingga lupa akan tanda noktahnya.
Tanda komanya juga.
Serta tanda serunya juga.
Namun orang seperti ini kadang-kala lupa juga untuk menapis apa yang perlu ditapis.
Kadang-kadang main sebat sahaja apa yang ingin ditulis.
Mengalahkan seorang pahlawan yang ingin bertarung dengan makhluk yang hodoh untuk menyelamatkan puteri yang dicintainya.
Selepas dipublished untuk mata masyarakat di luar sana, barulah mereka sedar yang tulisan mereka sudah menjadi viral di Facebook,Twitter mahupun di mana-mana rangkaian laman sosial yang popular, yang tidak popular serta yang amat lapuk seperti Yahoo Massenger.

Penulisan.


Kadang kala berlaku seperti ribut.
Kadang kala berlaku seperti taufan.
Kadang kala berlaku seperti tsunami.
Namun penulis lupa bahawa semua itu adalah kurniaan daripada Allah SWT.
Suatu keistimewaan kita semuanya terletak pada Allah SWT.
Dia yang menentukan segalanya.
Bila tulisan sudah dipenuhi dengan kata-kata cacian mahupun makian, takkan hendak salahkan tuhan kita yang satu itu?
Bila tulisan mahupun karangan yang kita tulis tiada isi mahupun rangka sebelum menulisnya, belum tentu karya itu diminati ramai. Dan belum tentu juga karya itu dibenci ramai.
Ada manusia yang sukakan sarkastik.
Ada manusia yang sukakan penerangan yang berganda.
Ada manusia yang sukakan publisiti.
Ada manusia yang sukakan keharmonian.
Ada manusia yang sukakan kekejaman.
Bahkan ada juga manusia yang suka akan semuanya di atas.

Penulisan.



Seperti pisau yang tajam membelah dada seorang pahlawan yang tewas di medan perang.
Seorang pelakon yang tiada babak menarik untuk diperagakan.
Juga seorang pelakon porno yang tiada aksi maut yang ingin memukau pasangan dan penonton yang ingin melihatnya.
Semua contoh di atas merupakan tabiat seorang penulis yang begitu cemerlang, gemilang, terbilang suatu masa dulu namun dia jatuh ketika di kemuncak.
Fitnah itu isu biasa dalam penulisan.
Tiada fitnah rosaklah penulisan.
Tiada penipuan rosaklah penulisan.
Penulisan yang penuh dengan penipuan merupakan penulisan yang tulen, asli dan menakjubkan.
Ramai yang sukakan penipuan, ramai yang sukakan kecelaruan, ramai yang sukakan demokrasi yang menggila.
Bahkan ramai yang sukakan darah daripada saudara sendiri.
Ini benar.
Kerana penulis kadang-kadang tidak tahu apa yang dia tulis, apa yang dia ingin sampaikan, apa yang dia ingin announcekan kepada pembacanya.
Ada pembaca yang benci melihat penulis itu.
Ada pembaca yang suka akan penulis itu.
Hanya meletakkan gambar comel, gambar freehair, gambar bontot cukup untuk popular.
Cukup untuk rasa dikagumi oleh ramai manusia.
Ooooh,syurganya dunia ini.
Dengan penulisan sahaja,kadang-kadang kita bogelkan apa yang kita ada.
Kadang-kadang kita bogelkan apa yang kita ingin rahsiakan.
Dengan penulisan semuanya akan terbongkar.
Penulisan lebih bahaya daripada percakapan.
Bila menulis, semuanya jadi berani.
Bila menulis, semuanya menjadi orang lain. Bukan diri sendiri. Keyboard warrior berleluasa di Facebook,Instagram,Twitter pada abad yang ke-21 ini, namun apa yang kita dapat lihat, mereka akan kecut telur, bahkan yang hawa akan kecut buahnya bila polis ingin mencarinya. Terus delete status, terus melarikan diri dari Malaysia dan terus tukar kerakyatan Malaysia ke USA.
Entah bodoh atau tak!


Penulisan,


Penuh dengan ketajaman. Jika terkena kepada kulit kita sendiri sudah sakit rasanya, penulisan yang begitu menggamit kenangan akan sentisa berulang dan berulang. Penulisan yang celaka kadang-kadang menghiburkan. Penulisan yang berwawasan kadang-kala memualkan.
Semuanya ada pandangan masing-masing.
Semuanya bukan berada di bawah satu payung sahaja, bahkan ada banyak payung yang kadang-kadang ada yang boleh dikongsi, kadang-kadang tidak boleh dikongsi.
Saling bertikaman dan berbunuhan.
Namun itu semua kadang-kadang hanyalah kebetulan.
Ya!
Kebetulan yang memualkan.
Lebih teruk daripada seorang wanita yang mengandung yang mual ketika suaminya belum pulang kerja.
Lebih teruk daripada seorang rakyat yang mual dengan pemerintahan kejam pemimpinnya.

Penulisan,



Tidak cukup ia berakhir dengan mudahnya.
Tidak cukup jika kita hanya meletakkan tanda noktah sahaja.
Mungkin satu ayat itu boleh dibahaskan dikiaskan dengan lebih mendalam lagi.
Penulisan kadang-kadang akan bercelaru bila typo berleluasa.
Kadang-kadang dengan typo salah faham akan berlaku.
Kadang-kadang dengan typo , boyfriend dan girlfriend akan bergaduh sesama sendiri.
Aaahhh,pergi mampus.
Sebab penulisanlah yang akan membunuh satu hubungan istimewa yang dibina selama ini.
Bukanlah aku hendak benci kepada penulisan, bahkan aku juga seorang penulis.
Tapi aku benci dengan penulisan yang tiada hala tuju. dan kadang-kadang sifat penulisannya berat sebelah.
Sama seperti surat khabar di Malaysia.
Sama seperti novel-novel di Malaysia.
Fuck off!!!




Doktor Marijuana (Esok tetap Mati)


No comments:

Post a Comment