nUFF-nUFF

Followers

Sunday 9 February 2014

Jalan benar dari-NYA

12.11 tengah malam.

Mata yang mengantuk tadi tak dapat melelapkan mata. Nak bagi mata pejam boleh tapi masih belum cukup untuk mententeramkan hati dan akal yang asyik berfikir ni. Fikir dan fikir dan lagi . Boleh kah ? Layak kah ? Cukup sempurna ke ? Atau semuanya belum lagi tercapai ? Aku belum matang , dasar anak bongsu memang susu smua disumbat dalam perut ni , sampai besar perut si bongsu masih lagi besar nak dibandingkan dengan abang long, kak ngah mahupun kak su. Layak ke aku jadi engineer ? Layak kah aku nak jadi manusia dalam erti kata lain ? Dah la hidup semuanya bergantung pada orang , tak pernah ada usaha sendiri pun . Nak tanggung makan minum sendiri pun tak mampu lagi , masih berhingus. Masih mengeluarkan air mta yang menampakkan muka seperti entiti yang dicari-cari di Highland Tower. Cuma sekarang dapat dilihat di cermin di dalam loker sahaja . Aneh apa ? Betul dan semuanya realiti .

12.16 tengah malam.

Masih menunggu untuk mata pejam dengan sendirinya . maih tak mahu sebab otak masih ligat memikirkan sesuatu. memikirkan masa depan . Memikirkan apa akan jadi kepada semua kenalan bila esok nyawa dah ditarik. Nak sara anak dara orang ? Nak bagi anak orang makan ? Bukanlah satu beban , tapi semacam tak boleh je nak tampung semuanya , dengan diri yang tak betul lagi . Sukar. Susah . Tapi nampaknya semacam tewas dengan cabaran hidup . Takkan laa asyik nak kalah dengan semuanya. Memang laa kita sendiri ada takdir untuk tentukan hidup kita, tapi pilihan yang kita sendiri buat perlulah betul dan tepat . Bukannya seperti memilih kuali baru untuk bagi mak sempena hadiah perkahwinan mak ngan abah tapi ini hidup kita sendiri . Kita yang tentukan . Otak masih memikirkan apa yang bagus dalam hidup aku dan hidup dia . Layakkah aku dengan dia ? Layakkah dia dengan aku ? Bukan tak sayang tapi semacam diri ini tak yakin. Huh , nampak sangat lemah gilaa kau.

12.24 tengah malam.

Fikir, fikir, fikir dan fikir lagi . Apa yang boleh dibuat dalam tempoh ini bila asyik memikirkan nasib badan yang tak berapa nak sihat ini . Diulangi tak berapa nak sihat . terima cabaran dengan bagusnya atau melepaskan semua itu kepada tangan orang lain ? Fuhh pilihan yang sangat bodoh . Mungkin kau lemah semangat , tuhan nak uji sikit je macam mana kau nak setelkan semua ni , tapi kalau cabaran yang ini kau tak boleh hadap jangan ingat nak berjaya jadi seorang engineer laaa . Bolah layan jadi tukang gosok kasut orang kaya jee . Biadab!

12.26 tengah malam.

hampir Setengah jam bercakap seorang diri , biarlah angin sahaja yang pergi tanpa pesan . Nak ayat-ayat jiwang bukanlah waktu yang sesuai lagi da. Tak mampu untuk jadi yang seperti dia inginkan tak bermakna engkau tak bagus, engkau kena cuba . Yakin dan rasa betul untuk semuanya . Jangan cepat putus asa , tapi bila difikirkan kejadian yang dulu-dulu , semuanya bergantung kepada masa . Aaaaahh , dugaan dari tuhan memang mencabar . Takkan la selama aku mengharungi ini , takde apa yang aku boleh buktikan unuk hidup bersamanya satu hari nanti . mesti ada walaupun buat masa sekarang tak nampak lagi . Tak boleh takut dan tak boleh gerun. Yang penting kena kuat dan rasa diri ini betul

12.29 tengah malam.

Tapi bila rasa diri ini asyik betul , dapatlah tengok kat situ banyak kelemahannya . Bullshit apakah hidup ini ? hemmm , takpe laa yang penting usaha tangga kejayaan. Takkan la nak kalah dah walaupun tak dapat lagi apa yang diingini . Insya Allah tuhan akan bagi aku jalan yang betul dalam menghadapi semua ini . Selamat malam.

Saturday 8 February 2014

Menulis untuk apa ???

5.26 petang.

Waktu petang ini aku menulis , fuhh memang takde idea langsung nak tulis apa . Terus berfikir dan berfikir mencari jalan keluar untuk idea ini . Kalau nak diibaratkan otak ni macam peta maze sebab berserabut dengan jalan-jalan mati dan juga jalan penyelesaiannya . Tapi jalan penyelesaian kadang-kadang susah untuk ditemui melainkan kita berikhtiar sendiri dengan ikhlas dan jujurnya . Heehee.


5.31 petang.

Masih tercari-cari idea untuk menulis , aaahhh persetankan semuanya ni . Aku boleh tulis artikel , aku boleh punya . Alaaa , setakat mencoret dalam blog je buat apa ? Blog kau bukannya laku dan tak nak pun orang nak baca , tiada siapa yang follow pun . Tapi aku minat menulis , minat nak meluahkan sesuatu isi . Kau ingat ada ke orang yang nak baca isi hati dalam blog kau ? Buang karan ada laaa. Hemmm , takpe laa macam tu . Terkial-kial jari ini untuk mengatakan apa yang harus ditulis pada petang ini . haishhh , sebelum ni banyak je idea nak disumbangkan dalam blog , siap da 1000+ followers lagi , rasa gua macam power sangat laa , macam orang kenal gua sangat laaa . Tapi bila tanya pak Mat yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di Sandakan , Sabah , memang takde orang yang baca blog merapu dan tak kenal pun kau . Malah taik hidung pun korek masing-masing . Jenuh!

5.35 petang.

Setelah memikirkan apa yang hendak ditulis barulah teringat yang gua belum solat asar lagi , astaghfirullah al azim. perghhh dah petang sangat daa ni , nak pukul enam dah memang macam nak gelap-gelap masuk maghrib dah laa. Haiyyyaaa . Okay laa a, stop dulu untuk kali ni , Jom sembahyang dan doakan kebahagiaan bersama . =)
Assalamualaikum.

5.37 petang.

_._